WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan, Ukraine akan dibekalkan dengan lebih banyak sistem pertahanan udara dalam menghadapi serangan daripada Rusia.
Berucap pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), di sini, sebentar tadi, Biden berkata, AS dan sekutu-sekutunya iaitu Jerman, Belanda, Romania dan Itali akan menyediakan Ukraine dengan "berpuluh-puluh sistem pertahanan udara taktikal tambahan" dalam beberapa bulan akan datang.
Pengumuman itu dibuat sehari selepas hospital kanak-kanak di Kyiv terkena peluru berpandu, menyebabkan beberapa orang mati dan ratusan cedera.
Dalam ucapan itu, Presiden Biden turut menegaskan, 23 buah negara kini membelanjakan 2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) secara mandatori untuk perbelanjaan pertahanan dan perikatan itu komited untuk menghalang autokrat daripada mengambil alih kuasa.
"Ingat watak NATO pada asasnya demokratik. Saat ini dalam sejarah memerlukan kekuatan kolektif kita.
"(Vladimir) Putin mahu tidak kurang daripada penaklukan sepenuhnya (ke atas) Ukraine, untuk menamatkan demokrasi Ukraine… untuk memusnahkan budaya Ukraine dan untuk menghapuskan Ukraine dari peta.
"Dan anda tahu Putin tidak akan berhenti di Ukraine. Jangan silap: Ukraine boleh dan akan menghentikan Putin," tegas Biden.
Ucapan Biden kepada pemimpin NATO sebentar tadi sangat tegas dan disampaikan dengan jelas - berbeza dengan prestasi perdebatan beliau dengan Donald Trump pada minggu lalu yang sering terhenti dan tidak teratur sekali gus mencetuskan persoalan dan ketidakpastian banyak pihak berhubung masa depan politiknya.
Membaca teks dari teleprompter di auditorium Washington DC, mesej yang yang disuarakan Biden sangat tegas dan lantang ketika beliau bercakap tentang keperluan untuk meneruskan kesetiaan global 75 tahun selepas NATO diasaskan.
Penganalisis politik dan pemimpin global sedang memerhatikan tingkah laku Biden semasa sidang kemuncak NATO ini untuk sebarang tanda bahawa beliau sedang mempertimbangkan semula kempen pemilihannya.
Biden, bagaimanapun,, telah mengumumkan keputusannya tidak akan menarik diri daripada pilihan raya Presiden AS pada November depan. - Agensi
Agensi
Tue Jul 09 2024
Ucapan Biden kepada pemimpin NATO sebentar tadi sangat tegas dan disampaikan dengan jelas - berbeza dengan prestasi perdebatan beliau dengan Donald Trump pada minggu lalu. - Gambar REUTERS
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Setiausaha Agung NATO Rutte bertemu Presiden Terpilih AS Trump di Florida - NATO
Rutte bersama pasukannya turut bertemu dengan Anggota Kongres Mike Waltz, yang dilantik Trump sebagai penasihat keselamatan nasional.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump namakan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke NATO.
Menteri Korea Utara janji sokong penuh Rusia dalam perang di Ukraine
Menteri Luar Korea Utara Choe Son Hui berjanji untuk membantu Rusia dalam perang melawan Ukraine "sehingga hari kemenangan" semasa perbincangan dengan rakan sejawatnya Sergei Lavrov di Moscow.
'Kebimbangan terhadap ancaman kepada UNIFIL' - Pertahanan G7
Ia menekankan bahawa keselamatan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) adalah tanggungjawab semua pihak yang terlibat dalam konflik.
UNGA 79: Perjanjian gencatan senjata dicadangkan AS perlu segera direalisasikan - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata di Gaza yang diusulkan Amerika Syarikat (AS) dengan kerjasama tiga negara pengantara melibatkan Qatar, Mesir dan Turkiye perlu segera direalisasikan, kata Joe Biden.
Turkiye tidak luluskan kerjasama dengan Israel dalam NATO - Erdogan
Cubaan untuk bekerjasama dengan Israel dalam NATO adalah tidak boleh diterima, kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Ukraine boleh bergantung kepada NATO untuk jangka panjang - Ketua NATO
Ketua NATO itu berkata, pihaknya bersetuju bahawa sokongan China dalam konflik ini akan memberi kesan kepada kepentingan dan reputasinya.
AS, sekutu janji lebih banyak pertahanan udara buat Ukraine - Biden
Amerika, Jerman, Belanda, Romania dan Itali akan bekalkan lebih banyak sistem pertahanan udara kepada Ukraine dalam menghadapi serangan daripada Rusia.
Presiden Korea Selatan bincang hubungan Korea Utara-Rusia di sidang kemuncak NATO
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol akan melawat Amerika Syarikat (AS) pada Isnin untuk menghadiri sidang kemuncak NATO di Washington.