awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MN belum serius, Kerajaan Perpaduan ikrar tumpu nasib rakyat hingga PRU16 - PM Anwar
Anak perempuan Kim Jong Un lakukan kunjungan pertama ke makam keluarga
AirBorneo lancar penerbangan pertama, catat era baharu dalam kesalinghubungan Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas Moderna, Singapura benar 'walk-in' di 26 pusat vaksinasi COVID-19 Pfizer-BioNTech

Bernama
Bernama
10/08/2021
23:38 MYT
Selepas Moderna, Singapura benar 'walk-in' di 26 pusat vaksinasi COVID-19 Pfizer-BioNTech
Mulai 2 Ogos, Singapura membenarkan penduduk yang memenuhi syarat untuk walk-in ke mana-mana dari 11 pusat vaksinasi komuniti yang menawarkan vaksin COVID-19 Moderna. - Gambar hiasan/REUTERS
SINGAPURA: Tanpa perlu janji temu, bermula Selasa penduduk Singapura boleh mendapatkan suntikan masing-masing di 26 pusat vaksinasi yang menawarkan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech (Comirnaty).
Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu bagi mempermudah rakyat Singapura, Penduduk Tetap dan pemegang Pas Jangka Panjang berusia 12 tahun ke atas untuk mendapatkan dos vaksin mereka.
"Vaksinasi tetap menjadi kunci utama dalam perjuangan kita memerangi COVID-19. Kami menggesa semua yang layak dapatkan vaksin masing-masing. Individu juga boleh membuat janji temu di www.vaccine.gov.sg," menurut kementerian itu.
Sejak pertengahan Julai, warga emas berusia 60 tahun ke atas dibenarkan walk-in ke mana-mana pusat vaksinasi, poliklinik atau Klinik Kesihatan Awam untuk mendapatkan suntikan vaksin tanpa janji temu.
Mulai 2 Ogos, republik itu membenarkan penduduk yang memenuhi syarat untuk walk-in ke mana-mana dari 11 pusat vaksinasi komuniti yang menawarkan vaksin COVID-19 Moderna.
Sehingga 8 Ogos, 70 peratus rakyat Singapura sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi kebangsaan dan 79 peratus lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#suntikan
#Singapura
#vaksin
#warga emas
#Moderna
#Pfizer-BioNTech
#program vaksinasi
#lengkap divaksin
#walk-in
#pusat vaksinasi
#Kementerian Kesihatan
#janji temu
#12 tahun ke atas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan