awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua pelajar Malaysia di Dhaka selamat

Bernama
Bernama
19/07/2024
16:22 MYT
Semua pelajar Malaysia di Dhaka selamat
Semua pelajar Malaysia di Dhaka, Bangladesh berada dalam keadaan selamat setakat pukul 4 petang Jumaat menurut laporan dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, kata Kementerian Luar. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Semua pelajar Malaysia di Dhaka, Bangladesh berada dalam keadaan selamat setakat pukul 4 petang Jumaat menurut laporan dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, kata Kementerian Luar.
Kementerian itu berkata dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat Jumaat terdapat 95 pelajar Malaysia di Bangladesh, dan dua pelajar telah meninggalkan Dhaka baru-baru ini dengan bantuan Suruhanjaya Tinggi.
"Usaha sedang dilakukan untuk membawa pulang empat pelajar daripada Kolej Perubatan Mymensingh ke Malaysia, manakala sekumpulan pelajar telah dipindahkan ke penginapan sementara," katanya.
Perkhidmatan Internet di Bangladesh mengalami gangguan meluas, tetapi perkhidmatan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) masih beroperasi.
Ahli keluarga terdekat pelajar Malaysia di Dhaka boleh menghubungi Bilik Perhubungan Kementerian Luar di +603 8887 4570.
Kementerian berkata pihaknya sedang memantau situasi secara aktif dan menggesa semua rakyat Malaysia yang menetap di Bangladesh supaya mengelakkan kawasan protes, kekal berwaspada, dan mematuhi nasihat keselamatan serta kemas kini yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.
Semua pihak diminta supaya bertenang dan bersabar sementara Suruhanjaya Tinggi berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di kawasan berkenaan, katanya.
Ia berkata:"Suruhanjaya Tinggi sentiasa berkomunikasi dengan pihak berkuasa tempatan untuk melindungi keselamatan dan kepentingan pelajar Malaysia di kawasan terjejas."
Sekurang-kurangnya 45 orang dilaporkan terbunuh dan lebih daripada 2,000 orang lain cedera dalam protes ganas pelajar yang sedang berlangsung terhadap sistem kuota pekerjaan awam di Bangladesh sejak Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar malaysia
#Dhaka
#selamat
#Kementerian Luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan