Skip to main content

Dunia

Semua yang terkandas 15 jam dalam kereta kabel di Pakistan diselamatkan

41692756890_PakistanChildren.jpg
Advertisement
ISLAMABAD: Komando tentera Pakistan dan sukarelawan tempatan berjaya menyelamatkan kesemua lapan orang termasuk enam pelajar sekolah yang terkandas dalam kereta kabel yang rosak selepas 15 jam, kata pegawai, lapor agensi berita dpa.

Mereka terperangkap pada kira-kira 7 pagi Selasa apabila tiga wayar keluli kereta kabel yang mereka naiki untuk melintasi jurang antara dua gunung terputus, kata pegawai polis tempatan Tahir Ayub.

Perdana Menteri Anwar-ul-Haq Kakar mengumumkan operasi itu selesai kira-kira 11 malam.

--BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement