Skip to main content

Dunia

Senator AS dakwa Trump 'kalah', gesa perang Iran ditamatkan

U.S. Senator Chris Murphy (D-CT) speaks during a Senate Appropriations Committee hearing on U.S. President Donald Trump's supplemental funding request for the Department of Defense, in Washington, D.C., U.S., July 21, 2026. REUTERS/Eric Lee
Murphy (foto) berkata beliau sanggup menyokong walaupun melalui perjanjian yang merugikan demi menamatkan perang berkenaan serta membuka semula laluan perkapalan strategik di Selat Hormuz. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

WASHINGTON: Senator Parti Demokrat, Chris Murphy, berkata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah 'kalah' dalam perang dengan Iran, sambil menegaskan konflik yang berterusan hanya melemahkan Washington dan mengukuhkan kedudukan Tehran.

Murphy memberitahu NBC News menerusi program "Meet the Press" bahawa beliau sanggup menyokong walaupun melalui perjanjian yang merugikan demi menamatkan perang berkenaan serta membuka semula laluan perkapalan strategik di Selat Hormuz.

 

 

Beliau berkata demikian ketika harga minyak dunia terus menjadi perhatian pasaran susulan ketidaktentuan di Selat Hormuz, walaupun terdapat laporan bahawa rundingan yang diusahakan Oman mengenai laluan transit sementara hampir mencapai persetujuan.

"Perang ini perlu ditamatkan kerana setiap hari konflik ini berterusan, Amerika Syarikat menjadi semakin lemah, Iran semakin kuat, dan rakyat di sini terbeban akibat kenaikan harga," kata Murphy.

Senator itu turut berkata beliau akan menentang sebarang peruntukan dana bagi meneruskan perang berkenaan, namun menyokong usaha menambah semula bekalan peluru dan aset ketenteraan AS selepas konflik berakhir.

Sementara itu, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, berkata pada Ahad bahawa tiada rundingan langsung sedang berlangsung dengan Washington, sekali gus menafikan dakwaan pentadbiran Trump bahawa perjanjian berkaitan pembukaan semula laluan itu hampir dimeterai.

Beliau turut menegaskan bahawa Selat Hormuz tidak akan dibuka semula sepenuhnya sehingga AS memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan Tehran.

 

Must Watch Video

Advertisement