PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dijangka memohon kelulusan bekalan senjata bernilai AS$10 bilion untuk dibekalkan kepada Israel semasa menyampaikan ucapan beliau malam ini, ketika White House meneruskan "usaha luar biasa" untuk menyokong Israel, kata Josh Ruebner, pensyarah adjung di Program Keadilan dan Keamanan, Universiti Georgetown, Washington.

"Itu (jumlah AS$10 bilion) lebih dua kali ganda jumlah yang Amerika Syarikat biasanya berikan kepada Israel," katanya kepada Al Jazeera.

"Jelas sekali, senjata-senjata Amerika ini sudah digunakan oleh Israel untuk melakukan jenayah perang yang mengerikan terhadap rakyat Palestin, terutamanya di Gaza," kata Ruebner.

"Kita tahu bahawa jika Amerika Syarikat menyediakan Israel dengan banyak senjata baharu hasil daripada ucapan Presiden Biden, senjata-senjata ini tanpa ragu akan digunakan dengan segera oleh Israel untuk meneruskan tindakan genosidanya di Gaza, yang sebenarnya menjadikan Amerika Syarikat lebih terlibat dalam penindasan dan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin," tegas beliau lagi. - Al Jazeera