awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamas beri amaran "kesan serius" jika Israel terus cabuli perjanjian gencatan senjata
Kerjasama NGO, swasta model terbaik bina masyarakat berteraskan nilai - Ahmad Zahid
Indonesia tarik balik sekatan, Grok dibenar beroperasi semula selepas jaminan X

Seorang lagi hakim ICC dalam senarai dikehendaki Rusia

Bernama
Bernama
27/07/2023
08:51 MYT
Seorang lagi hakim ICC dalam senarai dikehendaki Rusia
Hakim Tomoko Akane diletak dalam senarai dikehendaki kerana mengeluarkan waran tangkap untuk Presiden Rusia Vladimir Putin (gambar). - AP
MOSCOW: Kementerian Dalam Negeri Rusia pada Khamis meletakkan seorang lagi hakim Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Tomoko Akane, dalam senarai dikehendaki kerana mengeluarkan waran tangkap untuk Presiden Rusia Vladimir Putin, menurut pangkalan data kementerian itu.
Jawatankuasa Siasatan Rusia berkata Akane adalah seorang daripada hakim yang mengeluarkan "keputusan tidak sah mengenai penahanan" Putin dan Pesuruhjaya Presiden Rusia untuk hak kanak-kanak, Maria Lvova-Belova.
Pada Mei, jawatankuasa itu memfailkan pendakwaan tanpa kehadiran terhadap pendakwa raya ICC Karim Asad Ahmad Khan dan hakim ICC Rosario Salvatore Aitala.
Kedua-duanya diletakkan dalam senarai dikehendaki.
"Sebab carian: Dikehendaki mengikut artikel Kanun Jenayah," menurut dokumen Akane.
ICC mengeluarkan waran tangkap untuk Lvova-Belova dan Putin pada Mac, mendakwa pemindahan kanak-kanak secara tidak sah dari Ukraine ke Rusia di tengah-tengah konflik ketenteraan yang berterusan.
Sebagai tindak balas, Rusia berkata langkah itu sebagai memindahkan kanak-kanak daripada barisan hadapan.
Kremlin menafikan kesahihan keputusan ICC di Rusia kerana ia bukan sebahagian daripada organisasi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Jenayah Antarabangsa
#hakim ICC
#senarai dikehendaki
#Rusia
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.