awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, 10 cedera selepas belon udara panas terhempas di Brazil

Bernama
Bernama
16/06/2025
02:40 MYT
Seorang maut, 10 cedera selepas belon udara panas terhempas di Brazil
Seorang wanita maut manakala 10 individu cedera selepas belon udara panas tanpa lesen yang membawa pelancong terhempas pada Ahad di negeri Sao Paulo, tenggara Brazil,
SAO PAULO: Seorang wanita maut manakala 10 individu cedera selepas belon udara panas tanpa lesen yang membawa pelancong terhempas pada Ahad di negeri Sao Paulo, tenggara Brazil, lapor Xinhua memetik kenyataan polis tentera.
Belon udara panas itu membawa seramai 35 orang ketika ia terhempas di kawasan luar bandar Capela do Alto, sebuah bandar berhampiran Ipero, tempat ia berlepas.
Mangsa yang maut berusia 26 tahun.
Saluran berita Brazil, GloboNews melaporkan, belon itu tidak memiliki lesen untuk penerbangan rekreasi atau pelancongan dan juruterbangnya telah ditahan selepas kejadian.
Konfederasi Belon Brazil yang berpusat di bandar Boituva turut memaklumkan bahawa belon udara panas berkenaan tidak berdaftar dengan organisasi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#belon udara terhempas
#belon udara tanpa lesen
#Capela do Alto
#Konfederasi Belon Brazil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan