Seorang maut, 2 cedera dalam insiden tembakan di Minnesota, AS

Polis memaklumkan tiga laras senjata api ditemukan di lokasi kejadian dengan satu daripadanya milik lelaki yang maut itu. - Gambar hiasan
LOS ANGELES: Seorang maut manakala dua lagi cedera dalam insiden tembakan awal pagi Sabtu di bandar Minneapolis, negeri Minnesota, Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua yang memetik pihak berkuasa tempatan.
Ketua Polis Minneapolis Brian O'Hara berkata anggota polis terdengar beberapa das tembakan senjata automatik sekitar 2.30 pagi waktu tempatan di kawasan komersial Dinkytown di Minneapolis.
Menurut O'Hara, seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi, termasuk seorang pelajar Universiti Minnesota, dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Polis memaklumkan tiga laras senjata api ditemukan di lokasi kejadian dengan satu daripadanya milik lelaki yang maut itu.
O'Hara berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang membawa senjata itu dan punca kejadian tembakan berkenaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


