Skip to main content

Dunia

Seorang maut, dua cedera dalam insiden tembakan di Indiana, AS

61768631549_policeline.jpg
Seorang remaja lelaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi remaja turut ditembak, menurut polis Porter County. - Gambar hiasan

NEW YORK: Seorang remaja maut manakala dua yang lain cedera dalam insiden tembakan yang berlaku lewat Sabtu semasa satu parti selepas majlis tari-menari di sebuah kediaman di Pine Township, negeri Indiana, Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua.

Pegawai polis dipanggil ke kediaman itu sejurus selepas 11 malam dan mendapati tiga individu telah ditembak. 

Seorang remaja lelaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi remaja turut ditembak, menurut polis Porter County.

Polis sedang menyiasat kejadian tembakan itu.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video