awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, empat cedera dalam insiden tembakan di konsert Fredo Bang, AS

Bernama
Bernama
06/02/2023
05:16 MYT
Seorang maut, empat cedera dalam insiden tembakan di konsert Fredo Bang, AS
Menurut data Gun Violence Archive, terdapat lebih 50 insiden tembakan besar-besaran di Amerika Syarikat direkodkan sejak awal tahun ini. - Gambar hiasan
WASHINGTON: Sekurang-kurangnya seorang maut manakala empat lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah konsert di Arkansas, Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik.
Satu konsert penyanyi rap Amerika Syarikat Fredo Bang telah diadakan di Newport, Arkansas pada malam Sabtu.
Polis menerima laporan mengenai insiden tembakan di lokasi berkenaan sekitar 2:30 pagi waktu tempatan (08:30 GMT), menurut KARK-TV.
Seorang wanita berusia 19 tahun terbunuh dalam kejadian tembakan itu manakala empat lagi cedera, menurut stesen televisyen yang berpangkalan di Arkansas, memetik Jabatan Polis Newport.
Dua orang telah ditahan selepas insiden itu, dan lebih banyak tangkapan akan dilakukan, menurut KAIT-TV.
Siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan.
Menurut data daripada Gun Violence Archive, terdapat lebih 50 insiden tembakan besar-besaran di Amerika Syarikat direkodkan sejak awal tahun ini.
--BERNAMA
TAG: Arkansas, konsert fredo bang, insiden tembakan beramai-ramai
Topic Berkaitan
#konsert
#tembakan
#Amerika Syarikat
#Fredo Bang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan