awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepanyol beku akaun bank, sita kapal dan harta milik oligarki Rusia

Bernama
Bernama
26/04/2022
06:04 MYT
Sepanyol beku akaun bank, sita kapal dan harta milik oligarki Rusia
Menurut Oscar Lopez, rampasan itu sejajar dengan sekatan yang dikenakan Kesatuan Eropah ke atas oligarki Rusia. - Wikidata
OVIEDO: Pihak berkuasa Sepanyol membekukan 12 akaun bank dan dana serta menyita tiga kapal layar dan 23 harta milik oligarki Rusia sejak krisis di Ukraine bermula, kata ketua setiausaha negara pada Isnin.
Bercakap di Parlimen Sepanyol, Oscar Lopez berkata rampasan itu sejajar dengan sekatan yang dikenakan Kesatuan Eropah ke atas oligarki Rusia, lapor Agensi Anadolu.
Sejak dua bulan lalu, pihak berkuasa Sepanyol telah merampas kapal layar jutawan Viktor Vekselberg, Alexander Mikheev dan Sergey Chemezov.
Namun, tindakan terhadap oligarki adalah terhad kerana undang-undang Sepanyol melindungi identiti pemilik syarikat.
Kerajaan merancang untuk meluluskan langkah baharu yang membolehkan identiti pemilik sebenar aset didedahkan, menurut media tempatan.
Lopez juga mengumumkan seramai 130,000 pelarian Ukraine telah tiba di Sepanyol dan 5,400 daripadanya adalah kanak-kanak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sepanyol
#oligarki rusia
#kapal layar
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan