awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepanyol desak EU kenakan sekatan ke atas Israel susulan 'kebuluran ciptaan manusia' di Gaza

Bernama
Bernama
20/05/2025
21:00 MYT
Sepanyol desak EU kenakan sekatan ke atas Israel susulan 'kebuluran ciptaan manusia' di Gaza
Jose Manuel Albares berkata, EU mesti menggunakan "semua instrumen yang ada" bagi memberikan tekanan diplomatik maksimum ke atas Israel. - Gambar Reuters
ISTANBUL: Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares pada Selasa menggesa Kesatuan Eropah (EU) mengambil tindakan konkrit terhadap Israel berhubung krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Semenanjung Gaza, sambil menyifatkan keadaan itu sebagai "tidak tertanggung, tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diteruskan," lapor Anadolu Ajansi.
Bercakap kepada wartawan sebelum mesyuarat menteri luar EU di Brussels, Albares berkata, blok itu mesti menggunakan "semua instrumen yang ada" bagi memberikan tekanan diplomatik maksimum ke atas Israel, menurut laporan akhbar Sepanyol El Pais.
"EU mesti melakukan segala yang mungkin untuk menamatkan perang ini serta-merta dan memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa halangan," katanya.
"Masa untuk sekadar membuat kenyataan telah berakhir. Kita telah terlalu lama hanya membuat rayuan. Kini tiba masa untuk bertindak. Kita tidak boleh bertolak ansur dengan apa yang sedang berlaku walau untuk satu minit lagi," tegas beliau.
Albares berkata, beliau telah menghantar sepucuk surat kepada Ketua Dasar Luar EU, Kaja Kallas, bagi memperbaharui gesaan Sepanyol supaya EU mengkaji semula secara rasmi Perjanjian Persatuan EU-Israel, satu tuntutan yang pertama kali dikemukakan oleh Madrid dan Dublin lebih setahun lalu.
Gesaan terbaharu itu kini turut disokong oleh Ireland, Slovenia dan Luxembourg.
Belanda juga secara rasmi menyeru agar Israel dinilai dari segi pematuhannya terhadap Perkara 2 perjanjian tersebut, yang menyatakan bahawa hubungan antara kedua-dua pihak mesti berasaskan penghormatan terhadap hak asasi manusia dan prinsip demokrasi.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#sekatan
#Israel
#Gaza
#Palestin
#kebuluran
#Jose Manuel Albares
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan