awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gaza terima 54 jenazah rakyat Palestin, puluhan tinggalan jasad daripada Israel
Menteri Luar Australia pertahan lawatan Presiden Israel, gesa hormati sensitiviti komuniti
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepanyol, Ireland, Malta, Slovenia setuju usaha iktiraf negara Palestin

Bernama
Bernama
23/03/2024
08:02 MYT
Sepanyol, Ireland, Malta, Slovenia  setuju usaha iktiraf negara Palestin
Sanchez menjangkakan pengiktirafan itu dapat dijayakan semasa tempoh perundangan empat tahun yang bermula tahun lepas. - Gambar fail/AP
GAZA: Sepanyol bersetuju dengan pemimpin Ireland, Malta dan Slovenia untuk mengambil langkah pertama ke arah mengiktiraf sebuah negara berdaulat Palestin, kata Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez.
Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan Sanchez memberitahu pemberita selepas mesyuarat Majlis Eropah di Brussels pada Jumaat bahawa beliau menjangkakan pengiktirafan itu dapat dijayakan semasa tempoh perundangan empat tahun yang bermula tahun lepas.
Beliau berkata persetujuan telah dicapai selepas pertemuan dengan rakan-rakan sejawatannya dari Ireland, Malta dan Slovenia pada pagi Jumaat.
"Kami bersetuju bahawa satu-satunya cara untuk mencapai keamanan dan kestabilan yang berkekalan di rantau itu adalah melalui pelaksanaan penyelesaian dua negara, dengan negara Israel dan Palestin hidup berdampingan, dalam aman dan selamat," WAFA memetik kenyataan bersama yang dikeluarkan Ireland selepas mesyuarat itu.
Negara-negara Arab dan Kesatuan Eropah bersetuju dalam mesyuarat di Sepanyol pada November bahawa penyelesaian dua negara adalah jawapan kepada konflik Palestin-Israel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pedro Sanchez
#Sepanyol setuju iktiraf negara Palestin
#Kesatuan Eropah
#Ireland
#Malta
#slovenia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan