DUNIA
Sepanyol panggil wakil Israel susulan kenyataan hina PM Sanchez

Sepanyol memanggil wakil kedutaan Israel bagi membantah kenyataan Menteri Luar Israel yang melabel Perdana Menteri Pedro Sanchez (foto) sebagai antisemitik dan pembohong. -Gambar fail/AP
MADRID: Kementerian Luar Sepanyol memanggil wakil kedutaan Israel di Madrid pada Selasa bagi menyampaikan bantahan rasmi terhadap kenyataan Menteri Luar Israel, Gideon Saar, yang melabel Perdana Menteri Pedro Sanchez sebagai “antisemitik dan pembohong” dalam satu hantaran di platform X.
Ringkasan AI
- Sepanyol memanggil wakil kedutaan Israel bagi membantah kenyataan Menteri Luar Israel yang melabel Perdana Menteri Pedro Sanchez sebagai antisemitik dan pembohong.
- Ketegangan meningkat susulan kritikan lantang Sanchez terhadap tindakan Israel di Gaza, termasuk pembatalan kontrak senjata dan larangan produk dari penempatan haram.
- Israel membalas dengan melarang dua menteri Sepanyol memasuki negara itu, manakala Sepanyol menegaskan komitmen terhadap undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.
Beliau turut menyokong protes besar-besaran pro-Palestin di Madrid yang menyebabkan pembatalan peringkat akhir perlumbaan berbasikal La Vuelta.
“Pagi ini, Kementerian Luar akan memanggil chargé d’affaires Kedutaan Israel di Sepanyol bagi membantah kenyataan dan pendirian tidak boleh diterima oleh Menteri Luar Israel terhadap Sepanyol dan Perdana Menteri,” menurut kenyataan rasmi kementerian itu.
Israel sebelum ini membalas dengan melarang dua menteri Sepanyol daripada memasuki negara itu, termasuk Timbalan Perdana Menteri Yolanda Diaz dan Menteri Belia Sira Rego, yang berasal daripada parti gabungan kiri Sumar.
Saar mendakwa tindakan Sanchez adalah cubaan untuk mengalihkan perhatian daripada skandal rasuah dan menyifatkan dasar luar Sepanyol sebagai kempen antisemitik berterusan.
Sepanyol telah mengambil beberapa langkah drastik termasuk membatalkan kontrak pembelian senjata bernilai €700 juta dari Israel dan mengenakan larangan ke atas produk dari penempatan haram di wilayah Palestin.
Kementerian Luar Sepanyol menegaskan bahawa negara itu tidak akan gentar dalam mempertahankan keamanan, undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami