awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
Mayat lelaki ditemukan terapung dalam sungai di Pasir Puteh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INTERNATIONAL

Separuh kanak-kanak di Gaza perlukan sokongan psikologi

Bernama
Bernama
04/11/2021
06:00 MYT
Separuh kanak-kanak di Gaza perlukan sokongan psikologi
Lebih dua juta penduduk di Semenanjung Gaza berdepan masalah ekonomi akibat sekatan dikenakan Israel sejak 2007. - Reuters
GAZA: Lebih separuh kanak-kanak di Semenanjung Gaza memerlukan sokongan psikologi, menurut Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi Pelarian Palestin pada Rabu.
Pengarah operasi UNRWA di Gaza, Thomas White, berkata ini adalah akibat ketegangan yang berlaku pada Mei.
Beliau menjelaskan bahawa 9,090 kanak-kanak baru-baru ini mengalami masalah tingkah laku dan trauma dan telah menerima sokongan psikologi, lapor agensi berita Xinhua.
Katanya, ketegangan baru-baru ini telah menjejaskan kemajuan ekonomi di Gaza yang dijangka dicapai tahun ini di Gaza, dianggarkan pada 0.3 peratus.
"Keadaan hidup di Semenanjung Gaza adalah sukar, terutamanya akibat kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi," kata White.
Lebih dua juta penduduk di Semenanjung Gaza berdepan masalah ekonomi akibat sekatan dikenakan Israel sejak 2007.
White berkata agensi PBB itu meneruskan usahanya berunding dengan penderma untuk memulakan proses pembinaan semula rumah pelarian Palestin dan Jerman telah bersetuju membantu.
Pada 10 Mei, Israel melancarkan serangan tentera selama 11 hari di Semenanjung Gaza, menyebabkan lebih 250 rakyat Palestin dan 13 warga Israel terbunuh selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran rumah dan infrastruktur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak gaza
#Palestin
#psikologi
#tekanan israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami