DUNIA
Serangan AS akan tinggalkan kesan jangka panjang - Menteri Luar Iran

Araghchi berkata serangan ke atas Fordow, Natanz dan Isfahan merupakan pelanggaran berat terhadap Piagam PBB. - Foto fail/AP
TEHRAN: Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi, mengecam keras serangan udara Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga fasiliti nuklear utama Iran, menyifatkannya sebagai “tindakan melampau” yang akan membawa “kesan jangka panjang” terhadap kestabilan global.
Ringkasan AI
- Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi, mengecam serangan udara AS ke atas tiga tapak nuklear Iran dan menyifatkannya sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa yang membawa kesan jangka panjang.
- Araghchi menegaskan bahawa Iran berhak mempertahankan kedaulatan negaranya dan mengkritik tindakan AS sebagai ancaman terhadap kestabilan global.
- Iran menegaskan program nuklearnya adalah untuk tujuan aman, meskipun Washington mendakwa serangan itu bertujuan mencegah ancaman nuklear dari Tehran.
Beliau turut menegaskan bahawa Iran berhak mempertahankan kedaulatan negara dan “menyimpan semua pilihan” sebagai respons sah di bawah Piagam PBB.
“Tindakan yang berlaku pagi ini sangat keterlaluan dan akan membawa kesan jangka panjang kepada dunia,” ujar Araghchi.
Kenyataan itu adalah reaksi rasmi pertama daripada pimpinan tertinggi Iran selepas serangan udara AS yang menurut Washington bertujuan menghalang ancaman nuklear daripada Tehran.
Iran bagaimanapun menegaskan bahawa program nuklearnya bersifat aman dan selaras dengan undang-undang antarabangsa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami