Skip to main content

Dunia

Serangan bersiri Paris: Lapan penyerang bersenjata terbunuh - Sumber

71447475112_950x600.jpg
Lapan penyerang bersenjata dalam serangan di Paris yang meragut lebih 150 nyawa pada Jumaat terbunuh termasuk tujuh daripadanya yang memakai tali pinggang mengandungi bahan letupan, menurut satu sumber yang ada kaitan dengan pasukan penyiasat.

Empat daripada penyerang terbabit terbunuh di dewan konsert Bataclan.

Tiga daripadanya dengan mengaktifkan tali pinggang yang mengandungi bahan letupan, manakala seorang lagi ditembak polis. Tiga lagi mati berhampiran stadium nasional Stade de France.

Penyerang keempat dibunuh di sebatang jalan ke arah timur Paris.

GALERI FOTO: Serangan bersiri di Paris, sekurang-kurangnya 153 maut

Advertisement

Must Watch Video