PENGGANAS yang dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai dalam serangan di dua masjid di Christchurch, pada Mac lalu, mengaku tidak bersalah ketika dibacakan pertuduhan terhadapnya pada Jumaat.
Suspek, Brenton Tarrant, 28 tahun, akan dibicarakan semula pada Mei tahun hadapan.
Dia yang dituduh melakukan serangan ketika umat Islam di New Zealand hendak mengerjakan solat Jumaat, 'hadir' di Mahkamah Tinggi Christchurch dengan cara audio-visual link dari penjara yang dikawal ketat di Auckland.
Melalui paparan audio visual, kelihatan Tarrant tersenyum ketika peguamnya, Shane Tait memberitahu bahawa tertuduh mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.
Rakyat Australia itu dihadapkan dengan 51 pertuduhan membunuh, 40 pertuduhan cubaan membunuh serta pembabitan dalam aktiviti keganasan susulan tragedi 15 Mac itu.
BACA: Serangan Christchurch: Tindakan terbaharu 'Egg Boy' ini, buat ramai yang 'cair'
BACA: 'Tiga hari tiga malam' - Sukarelawan kongsi pengalaman mandi jenazah mangsa tragedi
Pihak mahkamah memaklumkan bahawa tertuduh sihat dan tiada sebarang masalah berkaitan kesihatan untuk menjalani perbicaraan kes tersebut selepas satu pemeriksaan dilakukan.
Tertuduh berada dalam tahanan sebelum hadir semula ke mahkamah pada 15 Ogos ini untuk sesi penilaian kes.
Hakim Cameron Mander menetapkan 4 Mei tahun depan sebagai tarikh perbicaraan manakala Tait berkata, ia dijangka berlangsung selama sekurang-kurangnya enam minggu.
Agensi
Fri Jun 14 2019
Suspek, Brenton Tarrant yang melakukan serangan ketika solat Jumaat berlangsung pada Mac lalu hadir di Mahkamah Tinggi Christchurch menerusi satu rangkaian audio visual dari penjara kawalan ketat di Auckland. AP Photo/Mark Mitchell
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Serangan Christchurch: Suspek utama serangan mengaku tidak bersalah
Pengganas yang dituduh melakukan kes pembunuhan beramai-ramai dalam serangan di dua masjid di Christchurch mengaku tidak bersalah diatas pertuduhannya pada Jumaat.