awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET

Serangan hendap di pangsapuri, seorang anggota polis terbunuh

Agensi
Agensi
31/12/2017
22:14 MYT
Serangan hendap di pangsapuri, seorang anggota polis terbunuh
Pihak berkuasa mengesahkan dua orang awam ditembak suspek sebelum dia ditembak mati polis. - Gambar hiasan
Seorang anggota polis terbunuh manakala empat yang lain cedera dalam satu insiden serangan hendap di Colorado, Amerika Syarikat.
Ia berlaku di sebuah pangsapuri di Highlands Ranch, Selatan Denver.
Pihak berkuasa mengesahkan dua orang awam ditembak suspek sebelum dia ditembak mati polis.
Penduduk di kawasan berkenaan diletakkan dalam amaran ‘kod merah’ dan diarah menjauhi tingkap ketika insiden.
Orang ramai juga diminta mengelakkan kawasan tersebut sementara pasukat SWAT menjalankan siasatan.
Dalam sidang media yang diadakan Sherif Douglas County, Tony Spurlock mengesahkan anggota yang maut sebagai Zackari Parris, 29 tahun.
Siasatan awal mendapati, serangan membabitkan dua lelaki rakan sebilik di premis berkenaan.
“Selepas masuk ke pangsapuri berkenaan, kedua-dua mereka ditembak suspek.
Suspek melepaskan sekurang-kurangnya 100 tembakan sebelum terbunuh. Bagaimanapun identiti suspek masih belum boleh didedahkan,” jelas Spurlock.
Sheriff Spurlock juga mengesahkan empat anggota polis cedera berusia dalam lingkungan 28 dan 41 tahun dan berada dalam keadaan stabil.
Topic Berkaitan
#Colorado
#Denver
#mati
#maut
#polis
#serangan
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.