awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Israel burukkan lagi situasi COVID-19 di Palestin

Bernama
Bernama
18/05/2021
15:55 MYT
Serangan Israel burukkan lagi situasi COVID-19 di Palestin
Turgut Alp Boyraz berkata kira-kira 5,000 penduduk Palestin di Baitulmaqdis yang sekarang dikuasai Israel telah mendapat akses vaksinasi. - twitter @turgutalpboyraz
KUALA LUMPUR: Tindakan melampau Israel di Palestin akan semakin memburukkan jangkitan COVID-19 di kalangan penduduk Palestin.
Editor Agensi Anadolu Timur Tengah yang berpangkalan di al-Quds (Baitulmaqdis) Turgut Alp Boyraz berkata, perjuangan menentang pandemik di wilayah-wilayah yang dijajah telah terbatas dengan serius oleh kerana sekatan yang dikenakan rejim Israel.
"Situasi di Gaza amat teruk, disebabkan sekatan, mereka tidak mempunyai cara untuk membendung COVID-19. Situasi yang sama juga berlaku di Tebing Barat, dengan penduduk Palestin di sana juga mempunyai akses terhad kepada kemudahan perubatan dan vaksinasi.
"Hospital hampir penuh dan jumlahnya terus meningkat," katanya semasa forum maya "Harnessing 24-Hour Global Journalism on Palestine Issue" pada Selasa.
Forum ini dianjurkan oleh Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) dengan penyertaan wakil media dari Malaysia, Indonesia, Bosnia-Herzegovina, Nigeria dan Turki.
Bagaimanapun, beliau berkata kira-kira 5,000 penduduk Palestin di Baitulmaqdis yang sekarang dikuasai Israel telah mendapat akses vaksinasi.
Menurut laporan berita, serangan udara Israel pada Isnin sebahagiannya telah memusnahkan satu-satunya makmal COVID-19 di Gaza, klinik Al-Rimal. Berikutan itu, ia tidak lagi dapat menjalankan saringan untuk pesakit COVID-19.
Sehingga 17 Mei, sejumlah 332,915 kes COVID-19 telah dilaporkan di Palestin dengan 3,705 kematian.
Sementara itu, Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) melaporkan setakat ini 273,438 orang telah divaksin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, termasuk 195,675 penduduk yang menerima dos kedua vaksin itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Israel
#Gaza
#Palestin
#perubatan
#vaksin
#serangan Israel
#Zionis
#Tebing Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan