GAZA: Palestinian Journalists Syndicate (PJS) menggesa Palang Merah Antarabangsa dan pertubuhan antarabangsa campur tangan dan membantu memastikan nasib dua wartawan Palestin, Nidal Al-Wahidi dan Haitham Abdelwahid, yang hilang semasa membuat liputan tentang serangan Israel ke atas Gaza.
Menurut agensi berita Palestin (WAFA), kesatuan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu melahirkan kebimbangan mendalam terhadap kehilangan mengejut Al-Wahidi dan Abdelwahid semasa liputan mereka mengenai perkembangan serangan itu berhampiran pusat pemeriksaan tentera Beit Hanoun di utara Semenanjung Gaza.
Komunikasi dengan kedua-dua wartawan itu telah terputus, membawa kepada kebimbangan yang serius terhadap keselamatan dan kesejahteraan mereka, tambahnya.
Kesatuan itu menggesa masyarakat antarabangsa dan pertubuhan kemanusiaan mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan wartawan yang hilang, menekankan kepentingan melindungi wartawan dan memastikan keselamatan mereka ketika mereka menjalankan tugas penting dalam memberikan maklumat kepada orang ramai.
Serangan berterusan Israel sejak awal Sabtu, mengakibatkan sejumlah besar kematian, kecederaan, dan kerosakan besar pada bangunan, rumah dan infrastruktur di seluruh Semenanjung Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023
PJS melahirkan kebimbangan mendalam terhadap kehilangan mengejut Al-Wahidi dan Abdelwahid semasa liputan mereka mengenai perkembangan serangan Israel di utara Semenanjung Gaza. - Foto Palestinian Journalists Syndicate
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
Serangan Israel di Gaza: PJS gesa campur tangan antarabangsa cari wartawan hilang
PJS gesa Palang Merah Antarabangsa dan pertubuhan antarabangsa campur tangan dan membantu memastikan nasib dua wartawan Palestin yang hilang.