DUNIA
Serangan Israel di Qatar: Trump anggap tindakan Netanyahu tidak bijak

Trump menegur Netanyahu berhubung serangan terhadap Hamas di Qatar, yang disifatkannya sebagai tidak bijak. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegur Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung serangan terhadap Hamas di Qatar, yang disifatkannya sebagai tidak bijak.
Ringkasan AI
- Trump tegur Netanyahu: Presiden AS Donald Trump menyifatkan serangan Israel terhadap Hamas di Qatar sebagai tidak bijak dalam panggilan telefon tegang selepas insiden berlaku.
- Netanyahu pertahan tindakan: Netanyahu menjelaskan bahawa beliau bertindak dalam tempoh singkat dan mengambil peluang yang ada untuk melancarkan serangan.
- Kecaman antarabangsa meningkat: Serangan yang mengorbankan enam individu mencetuskan kecaman global, termasuk dari PBB, Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu.
Bagaimanapun, panggilan kedua antara kedua-dua pemimpin pada hari yang sama berlangsung dalam suasana lebih mesra, yang mana Trump bertanya sama ada serangan itu berjaya.
Serangan udara Israel pada 9 September lalu menyasarkan pejabat kepimpinan Hamas di Doha, Qatar, ketika rundingan gencatan senjata Gaza sedang berlangsung.
Sekurang-kurangnya enam individu terbunuh, termasuk anak kepada pemimpin Hamas dan seorang anggota keselamatan Qatar.
Sementara itu, serangan Israel terhadap Qatar itu turut mencetuskan kecaman antarabangsa, termasuk dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami