DUNIA
Serangan Israel: Tiada makna rundingan nuklear dengan AS - Iran

Selepas serangan pada Jumaat, Menteri Luar Iran Abbas Araghchi yang mengetuai rundingan bagi pihak Tehran, setakat ini belum mengesahkan atau membatalkan rundingan tersebut. - Foto AP
TEHRAN: Kerajaan Iran berpendapat bahawa tiada lagi tujuan untuk meneruskan rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat (AS) susulan serangan besar-besaran Israel terhadap kemudahan negara itu, menurut Kementerian Luar Iran seperti dilaporkan agensi berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Iran pertikai rundingan nuklear dengan AS: Kerajaan Iran menyatakan tiada lagi tujuan meneruskan rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat selepas serangan besar-besaran Israel terhadap kemudahan negara itu.
- Pendirian bercanggah AS terhadap Iran: Jurucakap Kementerian Luar Iran, Ismail Baghai, mendakwa AS mahu berunding tetapi pada masa yang sama membiarkan Israel mencabuli kedaulatan Iran.
- Ketidakpastian mengenai rundingan di Oman: Rundingan nuklear terbaru dijadualkan berlangsung Ahad ini di Oman, namun Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, belum mengesahkan sama ada rundingan akan diteruskan atau dibatalkan.
[TERKINI] Apa yang kita tahu mengenai serangan balas Iran ke atas Israel
Pusingan rundingan baharu dijadualkan berlangsung Ahad ini di Oman. Namun, selepas serangan pada Jumaat, Menteri Luar Iran Abbas Araghchi yang mengetuai rundingan bagi pihak Tehran, setakat ini belum mengesahkan atau membatalkan rundingan tersebut.
Pusingan rundingan baharu dijadualkan berlangsung Ahad ini di Oman. Namun, selepas serangan pada Jumaat, Menteri Luar Iran Abbas Araghchi yang mengetuai rundingan bagi pihak Tehran, setakat ini belum mengesahkan atau membatalkan rundingan tersebut.
Sementara itu, agensi berita rasmi IRNA memetik Baghai sebagai berkata: "Masih belum jelas keputusan yang akan kami buat pada Ahad ini."
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami