Skip to main content

Dunia

Serangan ke atas kapal di Asia Barat meningkat, IMO gesa ketegangan diredakan

A view of Iranian-flagged cargo ship M/V Touska as the U.S. Navy Arleigh Burke-class Aegis guided missile destroyer USS Spruance conducts its interception in a location given as the north Arabian Sea, in this screen capture from a video released April 19, 2026. CENTCOM/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. THIS IMAGE WAS PROCESSED BY REUTERS TO ENHANCE QUALITY, AN UNPROCESSED VERSION HAS BEEN PROVIDED SEPARATELY. VERIFICATION -Identity of the ship confirmed as Touska by shape wh
Kapal kargo berbendera Iran, MV Touska, ketika dipintas oleh kapal pemusnah kelas Arleigh Burke Tentera Laut AS, USS Spruance. - Foto REUTERS

LONDON: Ketua Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) pada Rabu menggesa agar serangan dihentikan serta-merta ke atas kapal komersial dan memberi amaran tentang peningkatan risiko kepada pelaut susulan ketegangan di Asia Barat.

"Serangan dan rampasan kapal komersial tidak boleh diterima," kata Setiausaha Agung IMO Arsenio Dominguez dalam satu kenyataan, menggesa "tindakan melulu ini" dihentikan dan "mana-mana kapal dan pelaut yang tidak bersalah dibebaskan segera."

Advertisement

Menyifatkan keadaan itu sebagai "amat tidak menentu," Dominguez mempersoalkan mengapa syarikat terus beroperasi di perairan berisiko tinggi.

"Saya tidak faham mengapa syarikat akan mengambil risiko dan membahayakan nyawa pelaut," katanya.

Hampir 20,000 pelaut masih terkandas selepas tujuh minggu, belum tidak pasti bila mereka akan dapat pulang ke tanah air, kata Dominguez.

"Meredakan ketegangan, tindakan bermakna dan mengembalikan kebebasan navigasi adalah satu-satunya jalan ke hadapan," katanya.

Menurut IMO, sekurang-kurangnya 26 insiden melibatkan serangan ke atas kapal telah disahkan di wilayah itu setakat 22 April, mengakibatkan 10 pelaut maut.

Organisasi itu menggesa kapal yang beroperasi berhampiran Selat Hormuz supaya sentiasa berhati-hati.

Ketegangan di Selat Hormuz semakin meningkat sejak Amerika Syarikat (AS) pada 13 April mengumumkan sekatan ke atas kapal yang memasuki dan meninggalkan pelabuhan Iran.

Tentera AS berkata pada Ahad ia menembak sebuah kapal kargo berbendera Iran ketika kapal itu belayar menuju pelabuhan Bandar Abbas Iran, sebelum memasuki dan mengawal kapal berkenaan.

Media Iran melaporkan pada Rabu, Kor Pengawal Revolusi Islam telah merampas dua kapal yang cuba melalui Selat Hormuz tanpa kebenaran.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video