DUNIA
Serangan ke atas tapak nuklear Iran langgar NPT - Agensi Atom Iran

Agensi itu juga memberi jaminan kepada rakyat Iran bahawa industri nuklear negara tidak akan terhenti, meskipun berdepan tekanan dan konspirasi musuh. - Foto X/@MayadeenEnglish
TEHRAN: Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI) mengecam keras serangan ke atas tiga fasiliti nuklear utama negara itu di Fordow, Natanz dan Isfahan.
Ringkasan AI
- Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI) mengecam serangan ke atas tiga tapak nuklear - Fordow, Natanz dan Isfahan - sebagai pelanggaran serius undang-undang antarabangsa dan Perjanjian NPT.
- AEOI turut menyalahkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) kerana didakwa berdiam diri dan bersekongkol dalam membiarkan serangan itu berlaku.
- AEOI memberi jaminan bahawa industri nuklear Iran akan terus dibangunkan meskipun berdepan tekanan dan serangan, dengan sokongan para saintis tempatan.
“Tapak nuklear Fordow, Natanz dan Isfahan telah diserang oleh musuh-musuh Iran dalam tindakan kejam yang melanggar undang-undang antarabangsa, khususnya Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT),” menurut kenyataan itu.
AEOI turut menegaskan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bersikap acuh tak acuh dan malah bersekongkol dalam membiarkan serangan berlaku.
“Serangan ini berlaku dalam suasana sikap tidak peduli malah kerjasama secara tidak langsung oleh IAEA,” tambah kenyataan itu.
Agensi itu juga memberi jaminan kepada rakyat Iran bahawa industri nuklear negara tidak akan terhenti, meskipun berdepan tekanan dan konspirasi musuh.
“Pertubuhan Tenaga Atom Iran memberi jaminan kepada rakyat Iran bahawa, meskipun konspirasi jahat musuh, dengan usaha ribuan saintis dan pakar revolusioner yang bermotivasi, pembangunan industri kebangsaan ini yang lahir dari darah syuhada nuklear tidak akan dihentikan,” tegas agensi itu.
Kenyataan ini menyusuli gelombang kecaman dan ketegangan susulan tindakan ketenteraan Amerika Syarikat yang disokong Israel ke atas fasiliti nuklear Iran.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami