TOKYO: Suspek dalam insiden serangan kereta api ekspres di Tokyo, Kyota hattori mengaku meniru watak "Joker", penjahat dalam siri buku komik dan musuh Batman, dalam kejadian pada malam halloween.

Sekurang-kurangnya 17 cedera dalam kejadian itu di mana seorang lelaki warga emas kini dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pada Ahad, polis Tokyo menahan seorang pemuda yang mengacukan pisau ke arah penumpang di dalam kereta api berkenaan dan kemudian menyimbah bahan mudah terbakar.

Lelaki itu juga dilaporkan telah menyembur asid hidroklorik di dalam sebuah kereta.

Menurut Kyodo News, penyerang memberitahu penyiasat bahawa dia cuba berpakaian seperti Joker yang memakai sut ungu dalam komik.

Suspek juga berhasrat untuk mencipta semula adegan filem Joker 2019.

Dua jam sebelum melakukan jenayah itu, Hattori melawat wad Shibuya, tempat halloween disambut secara meluas sebelum pandemik COVID-19.