PERDANA Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengesahkan hari berkabung kebangsaan bagi memperingati mangsa yang terkorban dalam tragedi solat Jumaat Christchurch ditunda.

Beradasarkan rancangan awal, New Zealand akan mengadakan hari memperingati itu pada 22 Mac ini.

Menurut Ardern, hari penghormatan kebangsaan berhubung insiden itu tidak akan diadakan dalam masa terdekat.

Ini kerana, jelas Ardern, beliau mahu keluarga dan sahabat handai mangsa mempunyai banyak masa dan ruang untuk menguruskan jenazah.

Sehubungan itu, sambutan berkenaan, katanya, telah ditunda ke satu tarikh lain.

Bagaimanapun, kumpulan anti rasis, Love Aotearoa Hate Racism (LAHR) sebaliknya mahu acara itu diadakan bagi membolehkan umat Islam menunaikan solat Jumaat dalam keadaan selamat.

Jurucakapnya, Danni Wilkinson berkata, selepas mengadakan perbincangan dengan komuniti Islam, beliau yakin acara tersebut wajar diadakan pada tarikh berkenaan.

“Saya akan benarkan semua warga New Zealand untuk bersama-sama dengan masyarakat Islam pada hari itu dengan mengetahui mereka akan melangkah masuk ke masjid dalam keadaan gusar dan bimbang.

“Jadi, kami perlu memberi sokongan dan soladiriti. Kami mahu mereka tahu yang mereka akan berada dalam keadaan selamat,” katanya kepada stuff.co.nz pada Isnin.

LAHR yang merupakan gabungan bersama Sosialist Aotearoa dan kumpulan Unite melancarkan petisyen agar kerajaan New Zealand menganjurkan hari berkabung kebangsaan susulan daripada insiden yang meragut 50 nyawa umat Islam dan mencederakan puluhan yang lain pada Jumaat lalu

Pada Isnin, petisyen yang dikendalikan oleh ActionStation itu berjaya mengumpul sebanyak 62 daripada sasaran 100 tandatangan.


Petisyen itu bertujuan mengajak orang ramai untuk bersama-sama berdiri di masjid di negara itu pada Jumaat bagi menunjukkan sokongan dan penghormatan kepada umat Islam.

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai inisiatif masyarakat bukan Islam di New Zealand yang menunjukkan semangat perpaduan dengan memberi perlindungan kepada umat Islam yang akan menunaikan solat Jumaat.


BACA: Serangan pengganas Christchurch: Bapa sanggup ditembusi peluru demi selamatkan nyawa anak

BACA: Tragedi Solat Jumaat: 'Saya maafkan pembunuh isteri saya' - Farid Ahmed

B
ACA: Tragedi solat Jumaat Christchurch: 'Bacul!' - Samseng pun kutuk Brenton Tarrant