awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perpustakaan Negara lancar pusat imersif, perkasa pendigitalan warisan negara
Remaja dikaitkan JI, Malaysia pilih pendekatan pemulihan - Ayob Khan
MCTC gesa orang ramai tidak sokong premis benarkan pekerja merokok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan siber jejas ribuan pengedar kereta AS

Bernama
Bernama
21/06/2024
13:20 MYT
Serangan siber jejas ribuan pengedar kereta AS
Ribuan pengedar kereta di seluruh Amerika Syarikat telah menyaksikan operasi mereka lumpuh untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis. - Gambar hiasan/REUTERS
WASHINGTON: Ribuan pengedar kereta di seluruh Amerika Syarikat telah menyaksikan operasi mereka lumpuh untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis.

Ringkasan AI
  • Serangan siber terhadap penyedia perisian CDK Global menyebabkan operasi ribuan pengedar kereta di AS lumpuh selama dua hari.
  • CDK Global sedang berusaha memulihkan perisian mereka selepas dua serangan siber, tetapi mungkin mengambil masa beberapa hari.
  • Pengedar kereta terpaksa beralih ke kaedah manual seperti menggunakan pen dan kertas sementara menunggu isu ini diselesaikan.

Puncanya ialah serangan siber ke atas penyedia perisian CDK Global, yang menawarkan pelbagai program untuk mengurus data pelanggan, memproses jualan dan membuat janji temu.
CDK Global telah menutup sistemnya selama beberapa jam pada Rabu selepas kejadian awal. Namun, selepas dimulakan semula, satu lagi serangan siber berlaku.
Seorang jurucakap CDK Global berkata syarikat itu kini cuba untuk memastikan perisian berkenaan tersedia semula secepat mungkin.
Sifat serangan masih tidak jelas sehingga Khamis.
Media AS melaporkan bahawa pengedar telah menerima mesej daripada syarikat itu yang mengatakan ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum isu berkenaan diselesaikan.
Sementara itu, beberapa penjual kereta terpaksa menggunakan kaedah lama dengan menggunakan pen dan kertas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Syarikat itu berkata ia mempunyai kira-kira 15,000 pengedar kereta sebagai pelanggan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengedar kereta
#Amerika Syarikat
#operasi lumpuh
#CDK Global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan