awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan udara Israel atas kemudahan PBB di Gaza sejak Okt ragut 300 nyawa - UNRWA

Bernama
Bernama
01/01/2024
03:30 MYT
Serangan udara Israel atas kemudahan PBB di Gaza sejak Okt ragut 300 nyawa - UNRWA
Rakyat Palestin memeriksa keadaan rumah mereka yang musnah susulan serangan udara Israel ke atas Khan Younis, Selatan Semenanjung Gaza, 31 Dis 2023. (Foto AP)
ISTANBUL: Serangan udara Israel menyasarkan 180 kemudahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Semenanjung Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 300 orang terbunuh sejak Oktober lepas.
Kemudahan itu termasuk beberapa daripadanya yang menjadi sasaran langsung serangan, menurut Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Ahad.
Dalam satu hantaran di X, Pengarah Komunikasi UNRWA Juliette Touma berkata "seramai 1.4 juta warga Palestin di Gaza berlindung di kemudahan UNRWA dan ramai lagi di kawasan sekitar, tidur di luar".
Dalam satu kenyataan berasingan di X, agensi PBB itu pada Ahad berkata semasa dunia sedang merayakan Sambutan Tahun Baharu, jalan raya di selatan Semenanjung Gaza dipenuhi dengan orang awam mencari perlindungan selepas diusir, lapor Agensi Anadolu.
“Tahun lepas membawa kemusnahan dan tragedi yang mendalam kepada warga Palestin yang menghadapi peperangan, keganasan ekstrem, pengusiran dan kemiskinan,” menurut agensi itu dalam satu kenyataan lain.
"We have recorded 180 hits on @UNRWA facilities, some direct hits, & as a result at least 300 people sheltering in these facilities were killed"@JulietteTouma @BBCNews: 1.4 million people in#Gaza sheltering in @UNRWA facilities & many more in the vicinity, sleeping outside. pic.twitter.com/Hct4kc6nLp
— UNRWA (@UNRWA) December 31, 2023
Pihak berkuasa kesihatan Gaza berkata sekurang-kurangnya 21,822 warga Palestin terbunuh manakala 56,451 lagi cedera sejak 7 Okt.
Serangan Israel telah menyebabkan Gaza musnah, dengan 60 peratus infrastruktur di wilayah itu rosak atau musnah dan hampir dua juta penduduk kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.
While the world is crowded with New Year's celebrations, the streets of southern#GazaStrip are crowded with displacement. pic.twitter.com/YubraXxZmP
— UNRWA (@UNRWA) December 31, 2023
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#UNRWA
#serangan udara
#angka kematian
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan