ISTANBUL: Enam orang, termasuk empat sekeluarga, terkorban dalam serangan udara baharu oleh Israel di selatan Lubnan pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.
Agensi Berita Nasional (NNN) melaporkan bahawa empat ahli keluarga yang sama maut apabila jet pejuang Israel membedil rumah mereka di bandar Houmine el-Tahta.
Advertisement
Pesawat perang itu turut menyerang sebuah motosikal di Bandar Mansouri yang mengorbankan dua orang, menurut laporan NNN.
Israel telah membedil Lubnan dengan serangan udara dan melancarkan serangan darat di bahagian selatan sejak serangan rentas sempadan oleh Hizbullah pada 2 Mac.
Pihak berkuasa Lubnan menyatakan bahawa hampir 1,268 orang telah terkorban manakala 3,750 lagi cedera dalam serangan Israel setakat ini.
-- BERNAMA-ANADOLU