awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Setiap gadis perlu bersaing untuk menghapuskan stereotaip jantina' - #LikeAGirl

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
12/07/2015
06:41 MYT
'Setiap gadis perlu bersaing untuk menghapuskan stereotaip jantina' - #LikeAGirl
Menurut satu kajian baru oleh jenama kebersihan feminin always, stereotaip masyarakat terhadap jantina masih lagi mempengaruhi gadis-gadis muda.
Sebuah video yang diterbitkan sebagai sebahagian daripada kempen #LikeAGirl kini mendapat perhatian para netizen di media sosial.
Menurut satu kajian baru oleh jenama kebersihan feminin always, stereotaip masyarakat terhadap jantina masih lagi mempengaruhi gadis-gadis muda.
Berdasarkan kajian syarikat produk tersebut, dua pertiga daripada golongan wanita di United Kingdom merasakan bahawa mereka dibelenggu dengan stereotaip jantina.
Anytime you see an unstoppable girl, snap her picture and include #LikeAGirl. Let's do this! pic.twitter.com/ezjJqe7aUc
— Always (@Always) July 7, 2015
Difahamkan, video yang diterbitkan oleh always itu melihatkan senarai batasan anak-anak muda yang dibebankan oleh masyarakat dengan pandangan tersendiri mengenai jantina.
Dalam klip tersebut, seorang gadis muda berkata: "Saya tidak boleh menyelamatkan sesiapa. Golongan lelaki yang sering menyelamatkan wanita dalam semua cerita yang kita dengar."
Bukan itu sahaja, anak-anak muda berkenaan turut diminta untuk menulis semua perkara yang mereka sering dengar pada sebuah kotak putih - dan kemudian mereka diberi peluang untuk menghapuskan apa yang mereka tulis.
Iklan itu kini meraih pujian yang tinggi dari golongan wanita di media sosial, di mana kebanyakan mereka menyifatkan video tersebut sebagai 'hebat' dan 'inspirasi'.
Just got really emotional watching an @Always ad... #LikeAGirl #killedit /p>— Tania (@TaniaJoyFJane) July 11, 2015
Just watched the new Always campaign #LikeAGirl so powerful! #Unstoppable #Always #Gogirls
— Becky Bye (@BeckyBye1) July 11, 2015
My biggest strength is my independence I can do anything & everything that makes me happy & no one is going to stand in my way! #LikeAGirl/p>— Olivia Rebecca (@FrenchieO_Nasty) July 11, 2015
Another #LikeAGirl video I highly recommend you show your girls & your boys. http://t.co/t3KxaOYRcQ #unstoppable pic.twitter.com/mxXfvHV0oy
— Kelly Wallace (@kellywallacetv) July 9, 2015
I would love for you all to check out the new video and get inspired to be unstoppable #LikeAGirl #ad https://t.co/Ewv9rpknpo Thank you x
— Maisie Williams (@Maisie_Williams) July 7, 2015
Kempen #LikeAGirl dilancarkan oleh syarikat jenama always dengan tujuan memupuk keberanian dan keyakinan bagi semua golongan perempuan tanpa mengira umur.
Topic Berkaitan
#always
#Dunia
#iklan
#kempen
#LikeAGirl
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan