awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seunit rumah dijual RM5

Sinar Harian
Sinar Harian
07/05/2019
23:50 MYT
Seunit rumah dijual RM5
Kebanyakan rumah tersebut ditinggalkan pemiliknya yang berpindah ke bandar. - Foto Sinar Harian
Memang pelik tapi benar.
Sebuah kawasan luar bandar di Itali menjual 500 rumah untuk harga kurang daripada 1 pound (RM5.45).
Mussomeli di selatan Sicily telah menjual 100 hartanah kosong secara atas talian dengan harga serendah itu dan baki 400 lagi juga akan dijual pada harga sama.
Sebahagian rumah itu adalah sangat kecil, namun dilengkapi beberapa bilik tidur selain menawarkan pemandangan kawasan luar bandar Itali yang menakjubkan.
Tetapi, sesiapa yang membeli rumah itu perlu menanggung kos ubah suai kediaman tersebut dan ia perlu dilakukan dalam tempoh tiga tahun.
Mereka yang gagal berbuat demikian akan kehilangan deposit berjumlah 4,270 pound (RM23,220).
Selain itu, pembeli juga boleh mendapatkan perkhidmatan arkitek dan jurutera tempatan untuk langkah pengubahsuaian tersebut.
Jualan ‘harga runtuh’ itu berlaku selepas kebanyakan penduduk meninggalkan kawasan luar bandar sejak beberapa tahun lalu dan berpindah ke kota besar hingga memaksa pihak berkuasa menjual rumah kosong pada harga sangat murah.
Mussomeli terletak pada jarak dua jam perjalanan dari tenggara Palermo mempunyai tinggalan sejarah unik termasuk istana Byzantine.
Tahun lalu, Ollolai yang terletak di kawasan pergunungan Barbagia di Pulau Sardinia turut menawarkan 200 rumah batu yang ditinggalkan pada harga 0.85 pound (RM4.60) setiap satu.
Ia juga menetapkan syarat kepada pembeli untuk mengubahsuai setiap rumah dalam tempoh tiga tahun dan dianggarkan kosnya mencecah sehingga 26,000 pound (RM141,391). - Daily Mail
Topic Berkaitan
#harga runtuh
#Itali
#Mussomeli
#rumah
#Sicily
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan