BANDARAYA KUWAIT: Sheikh Ahmad Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah dilantik semula sebagai Perdana Menteri Kuwait, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Kuwait (KUNA).
Pelantikan itu dibuat menerusi Dekri Diraja yang ditandatangani oleh Putera Mahkota Kuwait Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah.
Berikutan itu, Sheikh Ahmad Nawaf Al-Sabah bertanggungjawab untuk mencalonkan anggota Kabinet yang baharu dan menyerahkan nama mereka, menurut laporan itu.
Dekri itu yang dikeluarkan kira-kira seminggu selepas Emir Kuwait menerima peletakan jawatan kerajaan terdahulu dan dibuat seminggu sebelum persidangan Dewan Negara (parlimen) yang baharu dipilih pada 20 Jun.
Pada 6 Jun, pengundi Kuwait mengundi bagi memilih ahli Perhimpunan Kebangsaan ke-17. Seramai 50 Ahli Parlimen dipilih daripada 207 calon dalam badan perundangan baharu itu untuk tempoh empat tahun.
Parlimen Kuwait yang dikembalikan semula pada Mac berikutan keputusan Mahkamah Perlembagaan mengenai pembubaran sebelum ini telah dibubarkan melalui titah diraja pada Mei tahun ini.
Sejak beberapa tahun lalu, ketegangan antara Kabinet Kuwait dan parlimen sering mengakibatkan rombakan dan pembubaran parlimen.
Sheikh Ahmad Nawaf Al-Sabah dilahirkan pada tahun 1956 dan beliau merupakan anak sulung kepada Emir Kuwait Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah.
Beliau pernah berkhidmat sebagai timbalan komander Pengawal Kebangsaan Kuwait antara November 2020 dan Mac 2022 dan kali pertama dilantik sebagai perdana menteri pada 24 Julai 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2023
Sheikh Ahmad Nawaf Al-Sabah bertanggungjawab untuk mencalonkan anggota Kabinet yang baharu dan menyerahkan nama mereka. - Foto BERNAMA
Fasa pertama bantuan 100 kontena bermula hari ini
Fasa pertama melibatkan 10 kontena yang dijadual dilancarkan pada jam 3 petang waktu tempatan ke pintu sempadan Rafah sebelum memasuki Gaza.
[TERKINI] Tragedi Kepala Air: 6 dikhuatiri lemas di Lembah Maksina
Enam orang dikhuatiri lemas, dua orang cedera manakala sembilan lagi selamat selepas dipercayai diserang kepala air di Lembah Maksina, Makuau malam tadi.
MCMC cadang tambah baik liputan internet di Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluaskan radius liputan internet sedia ada di sekitar Pulau Kapas dan Pulau Gemia.
Tragedi kepala air Lembah Maksina: 6 dikhuatiri lemas, dua cedera
Sembilan peserta river trekking pula selamat selepas terperangkap di Lembah Maksina, Makuau, Lahad Datu akibat banjir kilat malam tadi.
TH sedia sepenuhnya santuni 31,600 jemaah haji
Persediaan Tabung Haji kini mencapai skala 90 peratus lengkap, sementara 10 peratus lagi menanti kedatangan KT jemaah pertama pada 9 Mei.
P S Nathan umum lepaskan jawatan Presiden MTBC selepas 50 tahun
P S Nathan melepaskan jawatannya sebagai Presiden MTBC selepas 50 tahun menerajui badan sukan itu.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
UAE umumkan kejayaan hantar 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza
Penyampaian dan pengagihan makanan untuk menyelamatkan nyawa itu bagi 120,000 orang, sejajar dengan komitmen UAE.
Tiga maut, empat cedera pacuan empat roda terbabas, terhumban dalam parit
Insiden berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah dekat Miri.
Kuwait tubuhkan kerajaan baharu
Kerajaan baharu yang mempunyai 15 menteri termasuk lima muka baharu itu merupakan kerajaan kelima yang dibentuk oleh beliau sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 Julai 2022.
Sheikh Ahmad Nawaf Al-Sabah dilantik semula sebagai PM Kuwait
Pelantikan itu dibuat menerusi Dekri Diraja yang ditandatangani oleh Putera Mahkota Kuwait Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah.