awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sheikh Sudais dilantik Ketua Hal Ehwal Agama dua kota suci bertaraf Menteri

Bernama
Bernama
09/08/2023
22:45 MYT
Sheikh Sudais dilantik Ketua Hal Ehwal Agama dua kota suci bertaraf Menteri
Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais (kanan) dilantik Ketua Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sementara Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah diumumkan sebagai Pengerusi Badan Am bagi Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. - Foto BERNAMA
MAKKAH: Kerajaan Arab Saudi pada Selasa mengumumkan perlantikan Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais sebagai Ketua Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bertaraf Menteri, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kabinet Saudi yang dipengerusikan oleh Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, di Istana Al-Salam di Jeddah, Arab Saudi.
Perlantikan Sudais disepakati selepas Majlis Kabinet bersetuju mengenai penubuhan 'Presidensi Hal Ehwal Agama Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi', iaitu sebuah badan bebas yang bernaung di bawah institusi DiRaja Saudi bagi menyelia urusan dan pengajaran agama di dua Kota Suci umat Islam itu.
Selain itu, majlis Kabinet juga memutuskan untuk mengubah nama Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kepada Badan Am bagi Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Majlis Kabinet turut sepakat menamakan Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, yang juga Menteri Haji dan Umrah, sebagai Pengerusi badan am baharu itu.
Fungsi badan ini akan tertumpu kepada menguruskan perkhidmatan, operasi, penyelenggaraan dan pembangunan di kedua-dua masjid.
Lembaga pengarah dan anggota pertubuhan itu akan dilantik menerusi titah diraja. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sheikh Sudais
#Kabinet Saudi
#Raja Salman
#Presidensi Hal Ehwal Agama Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan