awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam sasar hentikan serangan Israel - Setiausaha Agung Liga Arab

Bernama
Bernama
11/11/2024
07:15 MYT
Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam sasar hentikan serangan Israel - Setiausaha Agung Liga Arab
Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul Gheit berkata akan membolehkan para peserta menilai semula pendirian dan strategi kerjasama mereka dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin dan Lubnan. - Gambar fail/REUTERS
KAHERAH: Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul Gheit menegaskan bahawa Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam yang akan diadakan di Riyadh merupakan peluang penting bagi negara-negara Arab dan Islam bersatu bagi menghentikan pencerobohan Israel di Gaza dan Lubnan.
Sidang ini yang berlangsung setahun selepas pertemuan pertama, akan membolehkan para peserta menilai semula pendirian dan strategi kerjasama mereka dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin dan Lubnan.
Jurucakap Setiausaha Agung, Gamal Roshdy, memetik kenyataan Aboul Gheit dengan menekankan bahawa masyarakat antarabangsa masih belum berjaya mengekang tindakan ketenteraan Israel secara berkesan.
Walaupun pelbagai usaha dilakukan, tentera penjajah tetap tegas dalam rancangan mereka, menunjukkan bahawa komitmen yang lebih besar diperlukan dan tekanan semasa ke atas Israel masih tidak mencukupi.
Beliau turut menekankan peranan penting Arab Saudi tahun lalu ketika memegang jawatan selaku pengerusi dan menjangkakan bahawa penglibatan itu akan dipertingkatkan berdasarkan keputusan sidang kemuncak yang akan datang.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam
#Setiausaha Agung Liga Arab
#Ahmed Aboul Gheit
#henti serangan Israel
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan