DUBLIN: Parti pemerintah Ireland, Fine Gael menamakan Simon Harris sebagai pemimpin baharunya sekali gus membuka jalan untuknya menggantikan Leo Varadkar sebagai Perdana Menteri.
Harris mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri termuda dalam sejarah Ireland.
Beliau berusia 37 tahun.
Varadkar mengumumkan peletakan jawatan secara mengejut pada Rabu dengan memberitahu pengundurannya kerana “peribadi dan politik.”
Beliau juga pernah menjadi tajuk utama berita pada 2017 kerana mencatat rekod sebagai Perdana Menteri termuda Ireland. Ketika itu beliau berusia 38 tahun.
“Adalah satu penghormatan mutlak dalam hidup saya untuk secara rasmi berada di sini bersama anda hari ini di Athlone untuk menerima kepimpinan parti yang hebat ini, parti besar kami,” kata Harris dalam ucapan penerimaannya pada persidangan parti Fine Gael, pada Ahad.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap orang di dalam bilik ini dan setiap komuniti yang anda datangi dari seluruh Ireland. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas kepercayaan anda.
“Dan saya ingin berjanji dan berikrar kepada anda hari ini bahawa saya akan membalas kepercayaan itu dengan kerja keras dengan darah, keringat dan air mata, hari demi hari dengan tanggungjawab, dengan kerendahan hati, dan dengan beradab,” katanya.
Harris juga memberi penghormatan kepada Varadkar untuk "kepimpinan yang luar biasa."
“Setiap kali beliau (Varadkar) berucap, sama ada (mengenai) ancaman kewujudan Brexit dan COVID-19 atau sumbangannya kepada detik-detik penting perubahan sosial di negara ini. Saya tahu dan percaya legasinya penting sejak 2010,” kata Harris.
Harris telah berkhidmat sebagai menteri Ireland untuk portolio Pendidikan Lanjutan dan Tinggi.
Beliau juga berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan negara itu dari Mei 2016 hingga Jun 2020, menurut laman web Fine Gael. - Agensi
Agensi
Mon Mar 25 2024
Simon Harris (gambar) dilantik sebagai Perdana Menteri baharu Ireland menggantikan Leo Varadkar yang meletak jawatan minggu lalu. - Gambar REUTERS
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Ireland peruntuk dana lindungi kejutan ekonomi daripada Trump - PM
Pihak berkuasa Ireland memperuntukkan dana yang besar untuk melindungi negara daripada potensi kejutan ekonomi yang mungkin timbul.
PM Ireland umum tarikh pilihan raya umum
Perdana Menteri Ireland, Simon Harris mengumumkan pada Jumaat bahawa Ireland akan mengadakan pilihan raya umum pada 29 Nov.
Ireland secara rasmi iktiraf negara Palestin
Langkah itu menyusul selepas Norway dan Sepanyol secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin pada pagi Selasa.
Simon Harris dipilih Perdana Menteri baharu Ireland
Simon Harris yang berusia 37 tahun merupakan Perdana Menteri baharu termuda di Ireland.
Simon Harris yang berusia 37 tahun catat rekod Perdana Menteri termuda Ireland
Simon Harris menggantikan Leo Varadkar sebagai Perdana Menteri.