awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sinar baharu untuk pelarian Rohingya di Bangladesh

APTN
APTN
19/01/2018
01:09 MYT
Sinar baharu untuk pelarian Rohingya di Bangladesh
Pelarian Rohingya dipindah ke kem Balukhali Bangladesh bagi membolehkan mereka mendapat akses bantuan dan perkhidmatan asas dengan mudah. - Foto AP
Lebih 9,000 pelarian Rohingya yang tinggal di kawasan sempadan yang terpencil di Bangladesh sejak beberapa bulan lalu telah dipindahkan oleh agensi kemanusiaan bagi membolehkan mereka mendapat akses bantuan dan perkhidmatan asas dengan mudah.
Kebanyakan mereka dipindahkan dengan bas ke kem Balukhali, di mana kesemua mereka akan menerima pemeriksaan kesihatan.
Selain itu, mereka juga akan diberi bantuan perlindungan, makanan panas serta biskut tenaga dari Program Makanan Dunia (WFP) dan kumpulan bantuan kemanusiaan lain.
WFP pada masa sama turut menyediakan kesemua keluarga ini dengan barang bantuan kecemasan dan kit perlindungan.
Awal minggu ini Bangladesh dan Myanmar bersetuju untuk cuba menyelesaikan masalah melibatkan ratusan ribu pelarian Rohingya yang beragama Islam yang melarikan diri dari keganasan di Myanmar dalam tempoh dua tahun.
Pihak berkuasa Myanmar juga sudah merancang untuk memulakan proses penghantaran balik bermula Selasa depan.
Media melaporkan kem yang sedang dibina akan mampu menampung kira-kira 30,000 orang di 625 bangunan dan sekurang-kurangnya 100 bangunan akan akan siap dibina menjelang akhir bulan ini.
Ia akan menjadi kem pertama yang dibina sementara menunggu proses penghantaran balik kesemua pelarian ini.
Topic Berkaitan
#agensi kemanusiaan
#Balukhali
#Bangladesh
#bantuan
#Cox's Bazar
#Myanmar
#Rohingya
#WFP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan