awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura batal permit kerja rakyat Korea Utara

Bernama
Bernama
27/03/2018
20:49 MYT
Singapura batal permit kerja rakyat Korea Utara
Tidak ada warganegara Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) memegang pas kerja di Singapura. - Gambar fail
Kerajaan Singapura telah membatalkan permit kerja rakyat Korea Utara di republik itu, demikian menurut Channel NewsAsia pada Selasa yang memetik laporan yang dikemukakan oleh negara itu kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
Menurut portal berita itu, laporan bertarikh 19 Mac itu menyatakan bahawa Singapura membatalkan pas kerja warga Korea Utara yang memperoleh pendapatan di negara itu dan tidak akan mengeluarkan permit kerja baharu.
"Oleh itu, tidak ada warganegara Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) memegang pas kerja di Singapura," menurut laporan 19 Mac itu.
Channel NewsAsia melaporkan bahawa langkah itu adalah sejajar dengan sekatan yang lebih baik dalam Resolusi 2397 (2017) UNSC yang dluluskan sebagai tindak balas terhadap ujian peluru balistik antara benua yang dilancarkan oleh Korea Utara pada 29 Nov tahun lepas.
Diterima pakai oleh semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB), Disember tahun lepas, resolusi itu menyebut pendapatan yang diterima oleh rakyat Korea Utara di luar negara 'menyumbang' kepada program senjata nuklear dan peluru balistik DPRK.
Resolusi itu juga memberi mandat kepada negara anggota PBB untuk mengusir semua pekerja Korea Utara di negara mereka tidak lewat daripada 24 bulan dari tarikh penerimaan resolusi tersebut.
Semua negara anggota PBB diberikan tempoh 90 hari untuk melaporkan langkah-langkah yang akan diambil oleh negara masing-masing untuk melaksanakan peruntukan resolusi itu dengan berkesan, menurut portal berita itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DPRK
#Korea Utara
#permit
#permit kerja
#Singapura
#UNSC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan