awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura kekalkan dasar monetari

Bernama
Bernama
30/07/2025
23:10 MYT
Singapura kekalkan dasar monetari
MAS turut menyatakan yang inflasi teras dijangka kekal terkawal dalam tempoh terdekat. - Foto fail/MAS
SINGAPURA: Bank pusat Singapura mengekalkan tetapan dasar monetarinya pada Rabu, dengan mengekalkan laluan kenaikan nilai secara sederhana dan beransur-ansur bagi dolar Singapura, ketika negara itu menjangkakan pertumbuhan ekonomi yang perlahan pada separuh kedua tahun ini dan tekanan inflasi yang terkawal, lapor Xinhua.
Menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS), pihaknya akan mengekalkan kadar kenaikan semasa bagi jalur dasar kadar pertukaran efektif nominal dolar Singapura (S$NEER). Tiada perubahan dibuat kepada lebar jalur atau paras pusatnya.
"Ekonomi global dan domestik setakat ini masih menunjukkan daya tahan," kata MAS dalam satu kenyataan. Namun begitu, MAS menjangkakan pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) Singapura akan perlahan pada separuh kedua 2025, dengan hasil keluaran dijangka sedikit di bawah potensi. Bagi keseluruhan tahun, purata jurang output dijangka pada sekitar sifar peratus.
MAS turut menyatakan yang inflasi teras dijangka kekal terkawal dalam tempoh terdekat. Pihaknya akan terus memantau perkembangan ekonomi global dan domestik dengan rapi, serta berwaspada terhadap risiko kepada inflasi dan pertumbuhan.
Dalam semakan dasar pada April lepas, MAS mengurangkan sedikit cerun jalur dasar S$NEER, sambil mengekalkan pendirian kenaikan secara beransur-ansur. Sejak itu, S$NEER mengukuh menghampiri paras tertinggi, disebabkan kelemahan menyeluruh dolar AS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank pusat Singapura
#dasar monetari
#pertumbuhan ekonomi perlahan
#tekanan inflasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan