awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura lapor peningkatan kes keganasan rumah tangga pada 2024

Bernama
Bernama
10/12/2025
14:30 MYT
Singapura lapor peningkatan kes keganasan rumah tangga pada 2024
Kes baharu penderaan pasangan meningkat daripada 2,008 pada 2023 kepada 2,136 pada 2024, meneruskan trend peningkatan yang direkodkan dari 2021 hingga 2023, menurut kementerian. - Gambar hiasan/Pixabay
SINGAPURA: Singapura mencatatkan peningkatan kes keganasan rumah tangga pada 2024, menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga pada Rabu ketika mengeluarkan Laporan Trend Keganasan Rumah Tangga 2025, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Keganasan rumah tangga di Singapura meningkat pada 2024, dengan peningkatan kes penderaan kanak-kanak dan pasangan yang diselia oleh agensi komuniti.
  • Kes berisiko tinggi yang diselia oleh Perkhidmatan Perlindungan menunjukkan penurunan kes penderaan terhadap warga emas, tetapi kes pengabaian diri individu dewasa menurun secara ketara.
  • Peningkatan kes penderaan kanak-kanak dan pasangan menonjol, dengan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun menyumbang kepada peningkatan jumlah kes secara ketara.

Dari 2023 hingga 2024, jumlah kes baharu berisiko rendah hingga sederhana yang diselia agensi komuniti meningkat kira-kira 14 peratus, didorong terutamanya oleh peningkatan kes penderaan kanak-kanak dan penderaan pasangan.
Bagi kes berisiko tinggi yang diselia oleh Perkhidmatan Perlindungan kementerian yang memerlukan campur tangan statutori - kes baharu penderaan dalam kalangan warga emas terdedah menurun sekitar 10 peratus. Sebagai perbandingan, kes baharu pengabaian diri individu dewasa terdedah menurun 50 peratus dalam tempoh sama.
Secara khusus, kes baharu penderaan kanak-kanak berisiko rendah hingga sederhana meningkat daripada 2,787 pada 2023 kepada 3,292 pada 2024, manakala kes baharu penderaan kanak-kanak berisiko tinggi meningkat daripada 2,011 pada 2023 kepada 2,303 pada 2024. Bagi kedua-dua kategori, kes melibatkan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun menyumbang bahagian terbesar peningkatan itu.
Kes baharu penderaan pasangan meningkat daripada 2,008 pada 2023 kepada 2,136 pada 2024, meneruskan trend peningkatan yang direkodkan dari 2021 hingga 2023, menurut kementerian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keganasan rumah tangga
#warga emas
#kes penderaan
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan