awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura sambut Hari Kebangsaan ke-57 dengan perarakan fizikal berskala besar

Bernama
Bernama
09/08/2022
15:14 MYT
Singapura sambut Hari Kebangsaan ke-57 dengan perarakan fizikal berskala besar
Sambutan Hari Kebangsaan Singapura ke 57 yang diadakan secara fizikal berlangsung dengan acara Perbarisan dan Perarakan Istiadat berskala besar di Pentas Terapung Marina Bay. - Foto REUTERS
SINGAPURA: Sambutan Hari Kebangsaan Singapura ke 57 yang diadakan secara fizikal berlangsung dengan acara Perbarisan dan Perarakan Istiadat berskala besar di Pentas Terapung Marina Bay di sini, hari ini.
Bertemakan "Stronger Together, Majulah!" Perarakan Hari Kebangsaan (NDP) 2022 tahun ini dihadiri oleh Presiden Singapura Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Sambutan tahun ini meriah dengan kehadiran kira-kira 25,000 orang di pentas itu- selepas Perarakan Istiadat yang ringkas tahun lalu disebabkan COVID-19.
Sambutan dimulakan dengan segmen pertama bertajuk "Kekuatan Negara Kita", yang merangkumi Paparan Pertahanan Menyeluruh melibatkan persembahan udara, darat dan laut oleh Angkatan Tentera Singapura dan Pasukan Keselamatan Negara.
Menyusuli selepasnya adalah acara Perbarisan dan Perarakan Istiadat yang disertai oleh 2,000 peserta daripada kontinjen perarakan maya dan fizikal, juga dari Angkatan Tentera Singapura, Pasukan Keselamatan Dalam Negeri serta agensi-agensi lain.
Segmen itu dilengkapi dengan persembahan tatu tentera secara maya dan buat julung kalinya semasa perarakan berlangsung, pasukan koir membuat penampilan secara maya mempersembahkan lagu tema NDP 2022 "Stronger Together".
Acara itu disambung dengan segmen kedua bertajuk "The Story of Us", yang menampilkan persembahan secara langsung mengenai pencapaian Singapura, sebagai sebuah komuniti dan negara yang muncul lebih kuat berbanding cabaran yang dihadapinya.
Perarakan Istiadat disiarkan secara penstriman langsung di halaman Facebook dan YouTube rasmi NDPeeps, serta saluran TV kebangsaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan Singapura
#sambutan
#Fizikal
#Halimah Yacob
#Lee Hsien Loong
#perarakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan