awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura tingkatkan had perbelanjaan pilihan raya menjelang pilihan raya umum

Bernama
Bernama
27/03/2025
12:00 MYT
Singapura tingkatkan had perbelanjaan pilihan raya menjelang pilihan raya umum
Singapura telah meningkatkan had perbelanjaan bagi calon pilihan raya parlimen kepada S$5 bagi setiap pemilih berdaftar menjelang pilihan raya umum akan datang. - Gambar fail/hiasan
SINGAPURA: Singapura telah meningkatkan had perbelanjaan bagi calon pilihan raya parlimen kepada S$5 (S$1=RM3.30) bagi setiap pemilih berdaftar menjelang pilihan raya umum akan datang bagi mengambil kira inflasi, menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD).
Pada masa ini, had itu adalah S$4 bagi setiap pemilih berdaftar dalam bahagian pilihan raya yang ditandingi oleh seorang calon. Kali terakhir had ini disemak semula adalah pada 2015.
"Undang-undang menetapkan siling bagi jumlah yang boleh dibelanjakan oleh calon yang bertanding dalam pilihan raya. Ini bagi memastikan persaingan yang adil dan mengelakkan 'politik wang'. Perbelanjaan melebihi jumlah maksimum yang ditetapkan oleh undang-undang merupakan satu amalan yang menyalahi undang-undang," menurut ELD dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sementara itu, bagi calon yang bertanding sebagai sebahagian daripada kumpulan calon yang dinamakan untuk pilihan raya dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC), had maksimum perbelanjaan adalah S$5 bagi setiap pemilih, dibahagikan dengan jumlah calon dalam kumpulan yang dinamakan bagi pilihan raya berkenaan.
Perbelanjaan pilihan raya merangkumi perbelanjaan yang ditanggung sebelum, semasa atau selepas pilihan raya bagi tujuan pengendalian atau pengurusan pilihan raya calon, tetapi tidak termasuk perbelanjaan peribadi calon atau sebarang bayaran kepada ejen pilihan raya yang tidak melebihi S$500.
Lebih 2.75 juta pemilih layak mengundi dalam pilihan raya umum akan datang yang mesti diadakan selewat-lewatnya pada November tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#had perbelanjaan plilihan raya
#calon pilihan raya
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan