SINGAPURA: Singapura, seperti Malaysia, turut mengeluarkan panduan perjalanan untuk rakyatnya yang berhasrat melakukan perjalanan ke Sri Lanka agar menangguhkan hasrat itu untuk sementara waktu, menurut Kementerian Luar (MFA).
"Rakyat Singapura yang berada di Sri Lanka dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri sendiri.
"Mereka dinasihati untuk mengelakkan diri daripada berada di kawasan tumpuan awam yang terdapat protes dan perhimpunan ramai," menurut MFA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat Ahad.
MFA memaklumkan mereka juga harus mengikuti perkembangan terkini dengan teliti dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.
"Rakyat Singapura yang melancong atau yang kini berada di Sri Lanka juga dinasihatkan untuk membeli insurans perjalanan yang komprehensif dan memahami syarat dan terma perlindungan," menurut kenyataan itu.
Malaysia pada Ahad menasihatkan rakyatnya untuk menangguhkan perjalanan yang tidak penting berikutan pergolakan di negara itu, akibat krisis kewangan yang meruncing.
Sri Lanka telah terjerumus ke dalam krisis ekonomi terburuk sejak beberapa dekad lalu dan 22 juta penduduknya berdepan kekurangan bahan api, ubat-ubatan dan sumber makanan.
Presiden Gotabaya Rajapaksa dan Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe mengumumkan peletakan jawatan masing-masing selepas penunjuk perasaan menyerbu kediaman presiden pada Sabtu dan bertindak membakar kediaman perdana menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 11 2022
Sri Lanka telah terjerumus ke dalam krisis ekonomi terburuk sejak beberapa dekad lalu dan 22 juta penduduknya berdepan kekurangan bahan api, ubat-ubatan dan sumber makanan. - REUTERS
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hampir 480,000 terjejas oleh cuaca buruk di Sri Lanka
Seramai 479,871 individu daripada 142,624 keluarga terjejas, dengan 17 kematian dan 20 kecederaan dilaporkan.
Sri Lanka kerah 90,000 anggota keselamatan untuk Pilihan Raya Parlimen
Pasukan keselamatan dikerah mulai Selasa untuk pastikan pilihan raya berjalan bebas dan adil, setakat ini tiada sebarang aduan serius diterima.
Perdana Menteri baharu Sri Lanka angkat sumpah
Ahli Parlimen dari Parti National People's Power (NPP) Harini Amarasuriya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Sri Lanka pada Selasa.
Perdana Menteri Sri Lanka letak jawatan selepas presiden baharu dipilih
Perdana Menteri Sri Lanka Dinesh Gunawardena menyerahkan surat peletakan jawatannya pada pagi Isnin susulan pemilihan Anura Kumara Dissanayake sebagai presiden baharu negara itu, lapor Xinhua.
PM Anwar ucap tahniah kepada presiden baharu Sri Lanka
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake yang terpilih sebagai Presiden Sri Lanka yang baharu.
Cef Malaysia pukau pelajar institut pelancongan Sri Lanka
Cef Murad mengadakan pertunjukan memasak di Colombo sebagai sebahagian festival masakan Malaysia yang sedang berlangsung di Sri Lanka.
Sri Lanka akan dakwa 10 nelayan India atas kematian kelasi tentera laut
Tentera Laut Sri Lanka merampas sebuah bot pukat tunda di luar Kankasanthurai di Wilayah Jaffna di utara negara itu pada 25 Jun lalu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tujuh maut kereta lumba rempuh penonton di Sri Lanka
Dalam kemalangan di Fox Hill Supercross itu, 18 penonton lain mengalami kecederaan.
Pakistan sambut Aidilfitri hari ini, Bangladesh dan India rai Khamis
Umat Islam di Pakistan dan Sri Lanka meraikan Aidilfitri pada Rabu manakala mereka yang berada di Bangladesh dan sebahagian besar India akan menyambut perayaan itu Khamis.