Skip to main content

Dunia

Sistem penjagaan kesihatan Iran terjejas teruk akibat serangan AS-Israel - IFRC

People walk past damaged buildings following a strike on a police station, amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, in Tehran, Iran, March 4, 2026. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS
Peperangan mempunyai rantaian dan kesan yang saling berkaitan dan orang awam, seperti kebiasaan, antara yang paling teruk terjejas. - Foto fail/REUTERS

TEHRAN: Sebanyak 339 pusat perubatan di Iran menjadi sasaran semasa serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel, kata seorang pegawai tinggi Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) yang memberi amaran tentang akibat teruk terhadap sistem penjagaan kesihatan negara itu.

Agensi Berita Republik Islam (IRNA) melaporkan Xavier Castellanos, Timbalan Setiausaha bagi Pembangunan dan Penyelarasan Masyarakat Kebangsaan IFRC, berkata kerosakan itu melangkaui kemusnahan fizikal yang bukan sahaja kemusnahan bangunan malah kehilangan peralatan dan kerosakan pada rantaian bekalan.

Advertisement

Bercakap pada mesyuarat bersama ketua Persatuan Bulan Sabit Merah Iran, beliau turut memuji keupayaan luar biasa organisasi itu dalam mendapatkan peralatan perubatan dan bantuan.

Menurut Castellanos lawatan beliau ke Iran baru-baru ini mendedahkan kepada pelbagai pemerhatian dan kesan buruk daripada perang yang tidak diprovokasi.

Beliau berkata peperangan mempunyai rantaian dan kesan yang saling berkaitan dan orang awam, seperti kebiasaan, antara yang paling teruk terjejas.

Beliau juga menggariskan kapasiti pengeluaran perubatan Bulan Sabit Merah termasuk lebih 600 juta picagari setiap tahun dan peralatan berkaitan dialisis.

Castellanos turut memberi amaran bahawa serangan ke atas kilang kimia dan farmaseutikal telah mengganggu bekalan bahan mentah, yang berpotensi menjejaskan jutaan perkhidmatan penjagaan kesihatan penting, terutamanya ketika sekatan berterusan.

AS dan Israel melancarkan perang ke atas Iran pada 28 Feb yang membunuh Pemimpin Tertinggi Iran Ali Khamenei dan beberapa komander tentera tertinggi negara itu.

Serangan AS-Israel juga menyasarkan infrastruktur, sekolah, hospital dan pusat perubatan Iran.

-- BERNAMA-IRNA

 

Must Watch Video