KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak berkuasa Myanmar dan rejim Zionis atas kezaliman berterusan yang dilakukan ketika ini.
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, situasi di kedua-dua wilayah itu semakin membimbangkan dengan pembunuhan terus menerus berlaku dan perlu dihentikan serta merta.
“Situasi di Myanmar semakin membimbangkan. Serangan udara dan laporan-laporan berkaitan pembunuhan terus-menerus berlaku meskipun pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan oleh ASEAN.
“ASEAN harus mengambil pendirian mengutuk sekerasnya tindakan-tindakan sebegini dan bukan sekadar menyatakan keprihatinannya,” jelasnya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Jelas Zambry, beliau telah mengusulkan supaya kenyataan lebih keras mengenai isu itu dimasukkan dalam Kenyataan Bersama Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN Ke-56 (Joint Communique of the 56th AMM).
“Usaha bagi menangani situasi di Myanmar tidak seharusnya dilaksanakan secara sepihak (unilateral).
“Sebaliknya ia perlu berlandaskan Five-Point Consensus (5PC), menerusi penyelarasan dengan Pengerusi ASEAN dan dipersetujui oleh ASEAN.
“Saya telah menekankan bahawa sebarang sesi libat urus yang diadakan dengan pihak Myanmar tidak harus membawa maksud bahawa ASEAN mengiktiraf keabsahan (legitimacy) pihak berkuasa Myanmar,” jelasnya.
Sementara itu, mengulas mengenai situasi di Palestin pula tegas Zambry, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa perlu menuntut rejim Israel untuk menghentikan kekejaman terhadap penduduk Palestin.
Malah rakan-rakan ASEAN juga ujarnya, diminta memberi perhatian akan konflik di Palestin itu.
“Kekejaman terhadap rakyat Palestin harus dihentikan serta merta. Saya telah mengecam sekeras-kerasnya serangan udara oleh rejim Israel di Jenin, Tebing Barat.
“Saya menyeru kepada rakan luar ASEAN terutamanya kuasa-kuasa besar supaya konflik di Palestin diberikan perhatian yang sama seperti konflik- konflik lain yang sedang berlaku di dunia ini,” katanya.
Malah tindakan negara-negara tertentu dilihat bersikap diskriminatif apabila hanya mengecam konflik di negara lain.
Bagaimanapun katanya, kezaliman rejim Israel terhadap rakyat Palestin terus dilindungi.
“Ini satu sikap diskriminatif negara-negara tertentu yang kerap mengecam konflik di negara lain tetapi terus melindungi rejim Israel.
“Malaysia menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa untuk menuntut rejim Israel menghentikan jenayah kemanusiaan yang kejam serta dasar apartheid terhadap rakyat Palestin demi kepentingan keamanan dan kestabilan,” katanya lagi.
Fareez Azman
Sat Jul 15 2023

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, situasi di kedua-dua wilayah itu semakin membimbangkan dengan pembunuhan terus menerus berlaku dan perlu dihentikan serta merta. - Gambar fail/BERNAMA

Verstappen tewaskan McLaren, menangi F1 Grand Prix Emilia Romagna
Juara bertahan empat kali, Max Verstappen menewaskan dua pelumba pasukan McLaren untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) keduanya musim ini di Grand Prix Emilia Romagna di Itali pada Sabtu.

Perasmian sayap PKR: 'Surat hanya kepada Anwar dan Fuziah, macam mana boleh bocor?' - Rafizi
Rafizi berkata, perkara itu sepatutnya tidak didedahkan, dan beliau mempersoalkan bagaimana perkara sulit seperti itu boleh menjadi pengetahuan umum.
Tumpuan Isnin – 19 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Mei 2025.

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan tertinggi
Gunung Lewotobi di Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus beberapa kali pada Ahad.

Misi satelit ke-101 Agensi Angkasa Lepas India gagal
Agensi Angkasa Lepas India mengalami kegagalan dalam misi pentingnya apabila satelit pemerhatian Bumi di atas roket Kenderaan Pelancar Satelit Kutub (PSLV) hilang sejurus selepas pelancaran pada Ahad.
Pelancaran satelit pemerhatian bumi India gagal
Agensi Angkasa Lepas India (ISRO) gagal menghantar satelit pemerhatian bumi ke orbit selepas tekanan dalam kebuk enjin pada peringkat ketiga pelancaran roket menurun secara mendadak.
Trump minta Fed potong kadar faedah segera, bukan kemudian
Rizab Persekutuan AS (Fed) diseru Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump agar segera menurunkan kadar faedah sambil mengkritik pengerusinya, Jerome Powell, yang menurutnya sering bertindak lambat dan mungkin mensia-siakan peluang sekali lagi.
Ibu kebumi anak lelaki terkena serangan udara di Khan Younis
Seorang wanita mengebumikan anak lelakinya pada Ahad setelah terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan khemah pelarian di al-Mawasi, Khan Younis, Gaza, malam tadi.

Lumba haram: 10 warga Malaysia didenda di Hat Yai
Sepuluh pelancong Malaysia dikenakan denda oleh polis Thailand atas kesalahan memandu secara berbahaya di Daerah Hat Yai pada Jumaat lepas.

Peluang pasarkan produk halal di MENA, ASEAN tarik minat Bubbles O2 untuk luaskan eksport
Rantau MENA kini menunjukkan perubahan ketara, semakin banyak negara membuka peluang kepada import produk halal.

Tiada zon larangan terbang semasa Sidang Kemuncak ASEAN - CAAM
Tiada zon larangan terbang bagi pesawat udara diisytiharkan di lokasi berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei ini.

Negara anggota ASEAN ambil langkah tubuh dana monetari, perkukuhkan keselamatan kewangan serantau - PM Anwar
Negara anggota ASEAN sedang mengambil langkah untuk menghidupkan semula idea mewujudkan dana kewangannya sendiri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ILO perluas inisiatif 'Ship to Shore Rights' di ASEAN untuk lindungi nelayan
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengambil langkah tegas untuk melibatkan kerajaan ASEAN bagi melindungi hak dan kebajikan pekerja migran dalam industri perikanan Asia Tenggara.

PM Anwar gariskan pelan ekonomi, kerjasama serantau menerusi hubungan erat BRICS
Anwar berkata ini selari dengan pelan transformasi ekonomi domestik yang berpaksikan digitalisasi dan kelestarian.

ASEAN sasar tamatkan rundingan penambahbaikan ATIGA menjelang akhir Mei - TPM Singapura
Gan berkata langkah itu mencerminkan komitmen kukuh ASEAN terhadap integrasi yang lebih mendalam dan kerjasama serantau.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Digitalisasi: Dunia Islam harus proaktif, bangunkan penyelesaian sesuai keperluan - PM Anwar
Dunia Islam perlu menjadi proaktif dalam membangunkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan masyarakat.

Permohonan pertukaran lesen memandu asing kepada LMM dihentikan 19 Mei ini - KP JPJ
Semua permohonan pertukaran lesen memandu negara asing ke Lesen Memandu Malaysia (LMM) dihentikan berkuat kuasa 19 Mei ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Aedy Fadly Ramli.

Malaysia manfaatkan kepengerusian ASEAN perkukuh hubungan dengan GCC, China
Malaysia bersedia mengambil bahagian dalam diplomasi global apabila menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Ekonomi ASEAN-GCC-China yang julung kali diadakan bulan ini.