Skip to main content

Dunia

Sokongan terhadap Palestin kekal teras perjuangan Iran

EBRAHIM ZOLFAQARI
Ebrahim Zolfaghari (foto) menegaskan isu Palestin sentiasa mendapat tempat istimewa dalam jiwa rakyat Iran dan kekal menjadi antara prinsip yang diperjuangkan sejak kemenangan Revolusi Islam pada 1979. -Gambar Reuters

TEHRAN: Iran akan terus berdiri bersama rakyat Palestin dan mempertahankan perjuangan mereka di tengah konflik yang semakin memuncak di Asia Barat.

Jurucakap Markas Khatam al-Anbiya, Ebrahim Zolfaghari menegaskan isu Palestin sentiasa mendapat tempat istimewa dalam jiwa rakyat Iran dan kekal menjadi antara prinsip yang diperjuangkan sejak kemenangan Revolusi Islam pada 1979.

“Kami ingin menyatakan kepada kalian bahawa hari ini kami tidak berperang semata-mata untuk mempertahankan diri kami sendiri, dan bukan juga hanya untuk membalas darah para syuhada.

“Sebaliknya, kami turut berjuang demi membela penderitaan umat Islam dan rakyat Palestin, serta para syuhada mereka yang mempunyai tempat yang kukuh dan berakar dalam pendirian kami ini,” katanya di platform X hari ini.

 

 

Zolfaghari turut berkata konflik yang sedang berlaku bukan sekadar melibatkan kepentingan Iran, sebaliknya turut berkait rapat dengan nasib umat Islam dan rakyat Palestin.

Tambahnya, Palestin bukan sekadar isu yang melibatkan satu bangsa, sebaliknya merupakan perjuangan menuntut hak, maruah, dan keadilan sejagat.

“Wahai rakyat Palestin, janganlah kalian menyangka bahawa kalian bersendirian di medan ini.

"Kami bersama kalian dalam satu janji yang tidak akan berubah dan satu pendirian yang tidak akan goyah,” katanya lagi.

Zolfaghari turut menyatakan komitmen Tehran untuk terus berpegang kepada pendirian tersebut dan kekal bersama rakyat Palestin sehingga hak mereka dikembalikan sejak dirampas oleh rejim Zionis Israel sejak tujuh dekad lalu.

 

Must Watch Video

Advertisement