awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Soleh, si kucing dilantik sebagai penjawat awam

Sinar Harian
Sinar Harian
26/11/2022
20:50 MYT
Soleh, si kucing dilantik sebagai penjawat awam
Berdasarkan ciapan menerusi akaun rasmi Direktorat Jenderal (Ditjen) Percukaian Kementerian Kewangan, haiwan digelar Soleh itu turut diberikan 'kad pekerja'. - Foto Sinar Harian/Agensi
JAKARTA: Seekor kucing 'dilantik' sebagai penjawat awam (PNS) di Pejabat Perkhidmatan Cukai atau KPP Pratama Serpong di Tangerang Selatan, Indonesia.
Berdasarkan ciapan menerusi akaun rasmi Direktorat Jenderal (Ditjen) Percukaian Kementerian Kewangan, haiwan digelar Soleh itu turut diberikan 'kad pekerja'.
Difahamkan, kucing berbulu putih dan hitam itu ditemui di KPP Pratama Serpong ketika ia masih kecil.
Kedatangannya turut disambut baik oleh pegawai di premis itu sehinggalah ia turut dianggap sebagai 'kakitangan' di pejabat berkenaan.
"Soleh kini sudah menjadi staf kami," ujar admin akaun Twitter tersebut.
Antara 'tugas' diberikan kepada Soleh adalah menggembirakan dan menceriakan kakitangan serta pembayar cukai yang hadir di KPP Pratama Serpong.
"Soleh sering dilihat melakukan 'tugasnya' di sekitar rakan sekerjanya lain. Seluruh ruang @pajakserpong adalah tempat kerja Soleh yang dilantik sebagai 'pelatih ahli meow'," jelas ciapan itu lagi secara berseloroh. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#kucing
#soleh
#kakitangan awam
#pejabat indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan