SPESIES anakonda hijau baharu telah dikenal pasti di Amazon dalam ekspedisi di Amazon Ecuador semasa penggambaran siri 'Pole to Pole' bersama selebriti Hollywood, Will Smith.

Spesies ini ditemui di lembangan selatan Amazon yang menjangkau dari Brazil ke Bolivia, Peru dan sebahagian daripada Guiana Perancis.

Anakonda hijau utara yang baharu dijumpai baru-baru ini dikenal pasti di lembangan yang lebih kecil.

Namun ia terhad setakat Colombia, Ecuador, Guyana, Suriname, Trinidad, Venezuela dan sebahagian daripada Guiana Perancis.

Kedua-dua spesies itu berpecah antara satu sama lain hampir 10 juta tahun yang lalu dan mempunyai perbezaan genetik sebanyak 5.5 peratus.

Menurut kajian yang diterbitkan pada 16 Februari, Profesor Bryan Fry dari Universiti Queensland mengetuai ekspedisi bersama Will Smith di tanah Waorani, di Ecuador Timur pada tahun 2022 untuk mendapatkan sampel populasi anakonda mereka.

Akses itu adalah salah satu daripada segelintir yang diberikan sejak hubungan pertama suku itu pada tahun 1958.

Penemuan itu berlaku sebagai sebahagian daripada kajian yang lebih luas Fry dan profesor Belanda Freek J. Vonk ketika sedang menjalankan kesan tumpahan minyak yang dialami di Yasuni Amazon, di Ecuador.

Para penyelidik mengumpul sampel daripada anakonda di sembilan negara.

Rakaman yang dikongsi oleh penyelidik menunjukkan Vonk berenang di sebelah anggaran 26 kaki dan lebih 200 kilo Southern Green Anaconda di tebing sungai di negeri Matto Grosso do Sul, di Brazil, dan gambar anaconda hijau utara yang baru dikenal pasti.