WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, menerima penghargaan selepas seekor serangga besar dinamakan sempena nama beliau sebagai penghormatan.
Menurut laporan The Guardian, spesies baru cengkerik itu diberi nama Hemiandrus Jacinda kerana berwarna merah parti buruh dan 'berkaki panjang'.
Prof. Ekologi di Universiti Massey New Zealand, Steven Trewick dan saintis yang menamakan serangga itu berkata, cengkerik itu seakan-akan mencerminkan sifat Perdana Menteri itu.
Jelasnya cengkerik itu adalah spesis yang menarik dan Trewick menganggapnya sebagai sesuatu yang indah.
Pejabat Perdana Menteri menyatakan Ardern mengetahui perkara itu dan menyatakan beliau berasa sangat teruja dengan penghormatan berkenaan.
Jurucakap berkata, sebelum ini seekor kumbang dan lichen (organisma komposit yang timbul dari alga atau cyanobacteria) serta semut di Arab Saudi juga dinamakan sempena nama Jacinda.
Lebih daripada 100 spesis cengkerik terdapat di pokok, gua, semak dan kebun di pinggir bandar.
Seperti semua anggota kumpulan Hemiandrus, cengkerik Jacinda membuat liang di tanah, dari mana ia muncul untuk berburu pada waktu malam.
Spesies yang baru dijumpai lebih besar dan berwarna terang daripada 17 spesies cengkerik tanah yang sudah direkodkan.
Spesies Jacinda ini terdapat di hutan asli di Northland, Bay of Plenty, Waikato dan Coromandel.
Ia digambarkan dalam jurnal Zootaxa untuk pertama kalinya pada Jumaat sebagai 'agak besar, berkaki panjang, berkilat dan kebanyakan berwarna jingga-merah'.
Trewick berkata, sangat mengagumkan apabila Jacinda berjaya menghindari daripada dijumpai sehingga sekarang susulan habitatnya agak dekat dengan daerah yang padat penduduknya serta ia bukan binatang yang kecil atau sukar dilihat disebabkan warna yang terang.
"Ini adalah bukti bahawa masa mempercepat perubahan persekitaran, kehilangan habitat semula jadi dan penurunan mendadak daripada biologi planet sekaligus kerja penemuan spesies baharu terus berlanjutan," katanya.
Tetapi ketika Jacinda telah ditemukan, Trewick memberi amaran kemungkinan besar penurunan bilangan spesis itu dan menuju ke arah kepupusan.
Cengkerik diancam oleh pemangsa yang diperkenal pasti seperti tikus dan kucing malah kehilangan habitat disebabkan pengubahsuaian seperti tanah pertanian.
Kunci utama Jabatan Pemuliharaan untuk memulihara cengkerik adalah dengan mengklasifikasikannya mengikut spesies walaupun terdapat persamaan genetik dan jurang yang besar dalam pengetahuan mengenai habitat pengedaran dan ekologi mereka.
Ini memberi satu lagi persamaan antara cengkerik besar dengan Perdana Menteri iaitu kata Trewick,"Kedua-duanya penting bagi New Zealand."
*Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
AP Newsroom
Sat Mar 13 2021
Menurut laporan The Guardian, spesis baru cengkerik itu diberi nama Hemiandrus Jacinda kerana berwarna merah parti buruh dan 'berkaki panjang'. - Foto Danilo Hegg
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Skil dibandingkan, Chef Wan tak dengki dengan pencapaian Khairul Aming
Chef Wan menzahirkan rasa kurang senang apabila ada segelintir pihak yang membandingkan dirinya dengan pempengaruh terkenal Khairul Aming.
Kisah manis Khairul Aming masak roti jala bersama Perdana Menteri New Zealand
Rezeki Khairul Aming diundang bertemu Perdana Menteri Christopher Luxon yang berada di Malaysia sempena lawatan rasmi.
Malaysia harap lebih ramai pelajar dapat lanjut pelajaran dalam bidang baharu di New Zealand
Malaysia berharap New Zealand dapat menimbang melonggarkan kemasukan lebih ramai pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke negara itu.
PM New Zealand Luxon adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Ini merupakan lawatan pertama Luxon ke Malaysia sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada November 2023.
Bekas PM New Zealand Jacina Ardern dilantik sebagai Dame
Dame Grand Companion of the New Zealand Order of Merit merupakan anugerah kedua tertinggi selepas Order of New Zealand, yang hanya dianugerahkan kepada 20 orang yang masih hidup.
New Zealand: Jacinda Ardern buat penampilan terakhir sebagai Perdana Menteri
"Saya ingin anda tahu bahawa saya meninggalkan tugas ini dengan penuh rasa sayang yang tidak terhingga untuk Aotearoa New Zealand."
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Spesies baharu cengkerik dinamakan sempena PM New Zealand Jacinda Ardern
Spesies baru cengkerik itu diberi nama Hemiandrus Jacinda kerana berwarna merah parti buruh dan 'berkaki panjang'.
COVID-19: New Zealand umum perintah berkurung tiga hari di Auckland
New Zealand mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung selama tiga hari di Auckland susulan pengesanan kluster baharu wabak COVID-19 di negara itu.
'Semoga ada Jacinda Ardern versi Malaysia untuk majukan negara' - Pakar psikologi
Ekologi organisasi politik selalunya membenarkan seseorang pemimpin duduk begitu lama sehingga peluang tunas baru terutama dari wanita muda tidak dibenarkan menyerlah.